Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang! - Najib kecut!

Monday, 25 February 2013

Ini mungkin satu lagi faktor kenapa Najib masih tak berani bunbarkan parlimen. Dia mahu cuba nsib dengan beri rasuah bermacam-macam benda, umum berbagai-abagai peruntukan dan janji bermacam-macam janji. Dengan harapan rakyat akan rujuk semula pada Umno/BN yang telah ditalak 3.

Amalan Umno/BN sejak sekian lama akan mengumpulkan segala maklumat daripada risikan samada tentera maupun polis untuk menentukan masa yang sesuai bagi membubarkan parlimen. Ini dah diketahui umum sejak dulu lagi.

Kerajaan Umno/BN tak segan silu mempergunakan segala kemudahan kerajaan, pegawai kerajaan, bangunan kerajaan, pihak berkuasa keamanan, pihak mengadilan dan segalanya demi mengekalkan kehebatan mereka.


Amat malang sebelum ini, hampir kesemua badan-badan berkecuali termasuklah polis, tentera, kehakiman, dan pegawai-pegawai kerajaan memandang Umno/BN seumpama tokong yang tidak boleh dijatuhkan.

Samalah seperti mana suatu ketika dulu bangsa Melayu memandang British sebagai satu kuasa cukup hebat yang tidak akan dapat ditewaskan oleh sesiapa saja bangsa manapun didunia ini.

Sehinggalah satu bangsa pendek mata sepek dari kawasan asia yang satu rumpun dengan mereka menghalau british dari Malaya, barulah beberapa cerdik pandai mula buka mata. Itupun hanya segelintir sebab majoritinya dikelabukan mata mereka oleh golongan bagsawan yang harapkan sesuatu dari British. lama kelamaan terbukti British bukanlah bangsa yang tidak boleh jatuh. Pun begitu masih ada yang tidak namapak lagi.

Dalam kes Umno/BN samalah juga. Para pegawai kerajaan, cikgu-ciukgi, polis, tentera, hakim, bomba, jpj dan apa-apa saja sebelum ini berkeadaan seperti orang Melayu dulu melihat Mat Saleh British.

Tetapi bila tsunami 2008 berlaku, bila parti yang dichop sebagai pak lebai, cauvinis cina, liberal Anwar dan macam-macam lagi berjaya pukul Umno/BN dan membuktikan mereka jauh l;ebih hebat dari Umno/BN, ramailah para pro, para tentera, para polis, para hakim dah buka mata....dan hasilnya beginilah seperti yang tertulis di bawah:

SHAH ALAM 25 FEB:
Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. “Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.
“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu. Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN. “Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.
“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong. “Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.
Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat. “Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin. “Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License