Aku dok terfikir jugak sebab apa lembab sangat Najib nak umum pembubaran Parlimen. Kalau ikutkan otak cetek aku ni mungkin:
- Umno/BN tak yakin mereka mampu bertahan berdasarkan maklumat spy mereka yang sekarang berada di segenap pelusuk tanah air. Hingga dikhabarkan dalam sibuk geng Raja Sulu naik dart bumi Sabah, masih sempat juga Najib seludupkan agen Umno/BN untuk pantau mereka sokong BN atau PR!
- Mereka yakin boleh menang, tapi mahu pastikan kemenangan besar. Sebabnya adalah:
- Najib punya cubaan pertama menghadapi pilihan raya. Najib naik atas tidak pernah secara pertandingan. Dia lembek dan naik atas belas ehsan ketuanya. Jadi dia nak buktikan dia juga jantan.
- Kalau menang kecil macam 2008 dulu, terasa serik dan insaf betapa susahnya mereka nak songlap duit. Banyak sangat otak dan mata memerhati. Jadi kena pastikan menang banyak supaya senang membodohkan rakyat.
- Sebab dah ramai sangat mereka janji itu dan ini, maka kos pembayarannya selepas PRU tentu tinggi gila. Jadi kalau menang banyak senang nak bayar balik pada mereka yang dijanjikan.
- Najib nak habiskan semua duit negara dan anugerahkan segera semua projek mega-mega pada kroni sebelum negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Bila PR pegang, duit dah habis, projek dah anugerah pada kroni BN, maka PR tak ada duit dan projek utk bangnkan negara. Oleh itu BN boleh jadikan modal...tengok kami dah kata mereka tak mampu memerintah!. Jadi bila PRU14 nanti rakyat pilih semula BN.
Tapi rupanya Najib dedahkan juga rahsia kenapa dia lengahkan PRU13. Sebabnya adalah supaya seluruh rakyat malaysia letih menunggu-nunggu kehadiran PRU. Biar pada muka rakyat. Nak sangat jatuhkan Umno/BN.
Memang betoi, menunggu adalah satu penyiksaan. Rakyat makin letih dan meluat pada Najib dan konco-konconya. Untuk itu rakyat akan balas dendam pada Najib kasi dia, Umno dan BN mampus terus tak terbangun lagi sampai bila-bila!
Baca alasan najib kat Sinar
No comments:
Post a Comment