"Winning Team" - Kumpulan paling kuat PKR dalam sejarah pilihanraya

Sunday 20 May 2012


Aku sempat singgah sebentar hari ini ke Dewan Sivik MPPJ di Petaling Jaya untuk menjenguk perkembangan Majlis Pelancaran SISMEP3.0 dan penyerahan bahan kempen pilihanraya di negeri Selangor. Ketika aku sampai dewan sudah penuh dan saudara Rafizi tengah berikan taklimat pilihanraya kepada semua para hadirin. Selepas itu Azmin Ali pulak memberikan ucapan dan penerangan juga menyuntik semangat semua para penggerak keadilan di Selangor.


Sebelum ini 'The Winning Team" melakukan acara yang sama di Negeri Sembilan dan juga di Negeri Melaka dan begitulah seterusnya mereka akan habis pusing sampai satu Malaysia. Dari cara persembahan dan segala persediaan yang ada aku lihat memang ini kumpulan yang paling kuat dan bersemangat yang pernah dilahirkan oleh PKR sejak Merdeka. Dan insyaallah mereka bersama dengan parti lain sebagai rakan PR akan berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Kalau bukan dengan salah guna kuasa Umno/BN yang menggunakan kemudahan kerajaan sewenangnya untuk faedah parti mereka, sahih Umno tak mampu lansung bersaing dengan PKR. Itupun aku nak tergelak bila nonton TV para pemimpin Umno dok canang mereka amat kuat dan yakin tawan habis semua negeri dan akan menang besar dalam PRU13 sebab semua rakyat dah sokong mereka.

Kalau dah yakin sangat bahlol ooi, apasal tak bubar saja parlimen segera. Nak simpan buat suspen untuk apa kalau dah yakin sangat kemenangan duduk dalam kerengkong hangpa. Tapi nampaknya Najib tengah kecut teloq tak tentu punca nak bubar atau tidak parlimen. Habis terpaksa pakai Tun Madet nyanyok tu yang masih rasa baguih untuk pulihkan sokongan rakyat pada Umno/BN.

Dalam Umno/BN dok sibuk fitnah habis kesemua pemimpin PR dan tayang masalah remeh temeh yang kecil dalam pemerintahan negeri PR, rupanya PKR dan rakan-rakan mereka menyediakan bermacam penyelesaian untuk dihidangkan demi kesejahteraan rakyat. PR sedang menyediakan diri mereka untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Insyallah!


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License