Pas bukan hanya untuk orang Pas - Ustaz Azizan

Tuesday 22 May 2012

Macam nilah yang kita nak tengok pada Pas. Macam yang Ustaz Azizan Razak kata, beliau bukan hanya Menteri Besar untuk orang Pas sahaja, tetapi beliau adalam MB untuk semua orang, semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain.

Tapi ada juga dikalangan orang pas, cawangan-cawangan Pas atau Kawasan-kawasan Pas yang Ketua depa berlagak dan bekerja hanya untuk orang Pas saja, kalau buat program hanya untuk orang Pas dan berkawan buat PR hanya dikalangan orang-orang Pas. Ada juga orang Pas bila nak berniaga, hanya dengan orang Pas. Itu semua konsep silap dan tak betul samasekali.


Aku tahu masih ada yang bersikap begitu walaupun tak ramai dah macam tu, tapi masih ada segelintir yang masih membina benteng tinggi memisahkan diri mereka daripada orang lain. Kalau kenduri orang bukan Pas  tak mau pi, kalau ada orang mati tapi dia bukan ahli Pas tak mau ziarah dan lain-lain seumpamanya. Kalau ada yang terasa, jangan marah, berfikiran terbuka dan fikirkan, kalau hangpa bukan macam tu, Alhamdulillah, kalau tak berubahlah...

Baca laporan majlis DHPP Kedah bersama Presiden Pas kat sini
Share on :

1 comment:

  1. Betul, betul... tengok kat Meru, KLang... bila ada apa-apa majlis, orang-orangnya je yang dijemput...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License