MB Selangor! selesaikan sampah sebelum rakyat humban anda masuk tong sampah!

Wednesday 23 May 2012

Dalam sehari dua ni aku tengok dalam tv dan baca paper depa dok fokus pada masalah sampah yang tak terurus di beberapa tempat di Selangor. Sampah yang sepatutnya dikutip tiga kali seminggu kini dah jadi hanya sekali seminggu. Itupunkekadang boleh missed terus tak kutip seminggu. Ada juga komplen kontraktor hanya datang bawa lori satu tan biasa untuk kutip sampah dan bukannya lori kompaktor khas kutip sampah. Sampah dari sisa makanan tu bila buat keluar air, bau dia alahai bukan main busuk dan kalau depa mai bawa lori satu tan, satu taman terseksa dengan bau macam ikan busuk dan seribu satu macam lagi bau ngeri.

Hari tu aku dengar PKR umum kehebatan kerajaan SELANGOR sekarang kumpul duit sampai ada jumlah simpanan RM1.5 billion dan negeri Selangor sekarang ni tak ada hutang. WOW! Hebat aku dengar tapi aku musykil jugak depa nak buat apa dengan duit banyak tu. Aku dapat tau tender kutip sampah diberi pada syarikat yang belasah masuk dengan harga paling rendah dan tak peduli samada syarikat tu ada kelengkapan cukup atau tidak. Ada jugak syarikat yang baru tubuh diberi kontrak sebab harga dia paling rendah sehingga membunuh diri. Ada beberapa syarikat yang akhirnya terpaksa surrender kontrak sebab tak mampu buat kerja dengan harga gila yang depa bubuh untuk dapatkan kontrak.

Aku rasa biar kontraktor lawan harga bukan benda bijak sebab itu namanya kerja bunuh diri. Kita berniaga bukannya buat charity dan kalu tak untung tak payah berniaga lagi bagus pi joint pertubuhan kebajikan lagi bermanafaat. Buatlah harga siling yang patut dan mereka yang masuk harga tak logik elok reject terus supaya kerajaan negeri dapat pastikan kontraktor mendapat kelebihan yang secukupnya untuk perform dalam kerja mereka barulah orang tak komplain. Duit dok kumpul banak dan dok bermegah dengan duit banyak simpan tu nak buat apa?

Elok MB Khalid selesaikan sampah tu segera sebelum rakyat humban hangpa masuk dalam tong sampah. Bagus jugak MB berkeras untuk hold pilihanraya negeri selepas jun sekurangnya ada juga masa untuk selesaikan semua masalah pengurusan sampah tu. Jangan buat remeh dengan masalah macam tu sebab dia kena direct dengan pengundi dan depa tak peduli berapa banyak duit hangpa simpan dalam bank hangpa, yang depa tahu duit banyak tu perlu disalurkan kepada pengurusan kemudahan rakyat dengan secekap mungkin.
Share on :

6 comments:

  1. adakah masa bn perentah dulu masaalah sampah settle? klau dok percaya kat pencacai tv 3 1/4 & rtmereng berat nananglah brader? mace kes air kelantan jugaklah padahal negeri yg diperentah dek umnogok lebih trok cume disorok!klau mlayu & jawaa2 selangor ceredik skit dr lembu masaalah ini tak timbol mace rakyat kelantan cerdik tak makan hasutan tv 3 1/4 & rtmereng bab air kotor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! itu bukan alasan kukuh untuk tidak buat lebih baik dari BN....kalau PR pikir cam tu koman la...apa dok ambil BN yang dah nak mampus tu jadi benchmark....cari benchmark lain boleh tak?

      Delete
  2. Di taman aku tak ada masalah sekarang ini.....dulu memang ada masalah dgn sampai sejak PR ambil alih tak ada masalah..

    ReplyDelete
  3. aku duk kawasan ampang....tak de masalah pun. ni mesti masalah terpencil yg di besar2kan. kes sabotaj pun ada kemungkinan nya.

    wbg pun...kalau berlaku kesian pd org2 yg telibat terutamanya kanak2....kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

    harap kerajaan negeri dpt pantau dgn lebih kerap dan ambil tindaklan kpd kontraktor yg gagal laksanakan tugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anda, Taman aku di Rawang pun la ni takdak masalah. mula2 ye.. Mungkin masalah terpencil tetapi seperti kata Utusan Meloya, PR jangan pikir macam koman...jgn dok ambil BN yang dah nak mampus tu jadi benchmark.. Jadikan pihak lain lebih baik sebagai benchmark. Kadang-kala yang kecil itu akan menjadi besar jika sentiasa dispinkan.

      Delete
  4. Bukankah kerja pelupusan sampah kontraknya dikuasai kerajaan Persekutuan macam yang berlaku kat Kedah. Ini yang dikatakan "Lembu punya susu SAPI punya nama". Ops, silap kot. Ada perumpamaan yang lebih sesuai tak. Atau orang lain yang kencing, orang lain yang dapat bala..... hehehe ...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License