Anwar mengorat pelajar lelaki, minta gambar bogel?

Sunday 20 May 2012

Orang camni anytime boleh ambil upah ngaku Anwar
Ibrahim ngorat dia !
Aku pergi beli koi pagi tadi kemudian singgah jenguk tajuk-tajuk utama muka depan akhbar-akhbar kat Pak Cik juai paper sebelah tu. Macam biasa aku usyar suratkhabar sampah Mingguan Malaysia untuk tengok apa pulak sampah yang diisinya pagi-pagi ahad ni. Ha ! dah agak dah, ada satu sampah baru kat muka depan.

Ceritanya tentang tuduhan kononnya Anwar Ibrahim dok stim kat seorang pelajar lelaki IPTA sejak setahun yang lalu. Anwar Ibrahim juga dituduh tergilakan 'body jejaka lelaki tu sampai minta dikirimkan gambar bogel lelaki itu padanya.


Tuduhan ini dilempiaskan oleh seorang Ahli Majlis Syura kumpulan Tibai. Tibai ni sebuah kumpulan yang mempersendakan susunan organisasi pemerintahan Iran dan juga carta organisasi Pas dengan menmabil title seperti Majlis Syura, Mursyidul Am dan sebagainya. Tak ada matlamat lain selain daripada mahu mempersendakan negara Republik Islam Iran dan juga Parti islam SeMalaysia.

Alahai ! tak ada kerja lain ka manusia-manusia penjilat Umno ni. Tak habis-habis dengan fitnah. Mentang-mentanglah Anwar ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia, hangpa cibaikan dia habis-habisan dengan apa saja cara.

Tapi puak Tibai tu kata depa ada bukti yang memang Anwar ada minta gambar bogel budak lelaki tu. Mungkin bukti sms, atau rakaman perbualan, takkan bukti surat kot, orang dah tak main surat lagi dah zaman ni. Sms atau bualan telefon tu boleh bikin punya untuk sebar fitnah, tapi itulah jugak yang depa ambil percaya. Dan pengakuan jejaka lelaki tupun boleh upah, senang sangat nak kasi remaja lelaki sekarang buat pengakuan palsu, kasi RM100 ribupun dah terlalu besar bagi mereka.

Aku tau depa memang takut sangat dengan hasrat Anwar mahu gantikan Najib sebagai PM negara kita dan semuanya hampir menampakkan kejayaan, tunggu saja sedikit masa lagi bila Najib terpaksa juga bubarkan Parlimen. Susah jugak kalau jadi orang hebat nih! ramai sangat cemburu...hahaha
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License