5 pemain bola Premier League yang paling banyak dicari dalam enjin carian

Tuesday 22 May 2012

Fabrice Muamba terkena serangan jantung dan rebah atas
padang, tetapi ajalnya masih belum sampai.

  • Bolasepak memang ramai peminatnya di seluruh dunia. Ada peminat bolasepak daripada kawan-kawan saya yang mengetahui hampir kesemua cerita para pemain pasukan yang diminatinya sehingga ke tahap makanan apa serta binatang apa yang menjadi kegemaran pemain itupun diketahuinya.
  • Dengan dunia internet sekarang kita boleh tahu senarai pemain bolasepak mana yang paling kerap dicari dalam enjin carian internet. Kebiasaannya mereka mencari dengan menaip nama pemain dan segala cerita atau perkembangan mengenai pemain tersebut akan terpampang di depan mereka. Berikut senarai 5 pemain Premier League yang paling banyak sekali di cari di internet:
    1. Fabrice Muamba, pemain Bolton yang jatuh diserang masalah jantung ketika bermain di padang menjadi pemain yang paling banyak sekali muncul dalam enjin carian.
    2. Ashley Cole, pemain pertahanan Chelsea berada di senarai kedua.
    3. Wayne Rooney, pemain Manchester di tempat ketiga dan
    4. Mario Balotelli, juga dari Manchester di tangga ke empat.
    5. John Terry, pemain Chelsea berada di tangga ke lima.
  • Salah satu daripada ciri-ciri manusia yang dikenal pasti oleh sekumpulan cendikiawan penyelidik di Universiti Harvard mendapati manusia adalah sejenis makhluk yang cukup suka bermain atau berhibur. Rumusan ini disimpulkan dalam satu usaha terbaru mereka bagi mengklasifikasikan sifat manusia dalam era zaman moden ini.
  • Menurut mereka dalam banyak-banyak makhluk di atas muka bumi ini, manusialah makhluk yang cukup gemar meluangkan masa mereka untuk bermain dan berhibur. Oleh itu terciptalah berbagai-bagai jenis hiburan atau permainan bagi memenuhi dorongan sifat mereka yang suka berhibur dan salah satunya adalah bolasepak.
  • Para pelabur yang gemar dalam dunia permainan buat duit telah lama melihat sifat semulajadi manusia ini dan mengekploitasikannya bagi mengaut keuntungan berbillion-billion ringgit. Astro sahaja berjaya mengekploitasikan industri sukan terutamanya bolasepak dengan menyediakan siaran khas berbayar untuk tontonan peminat bolasepak di negara kita.
  • Hebatnya hiburan permainan bolasepak ini sehinggakan ramai para imam dan ustaz yang berserban besar dan juga para hufaz yang turut menjadi salah satu dari kumpulan mereka yang ternganga di depan kaca TV Astro sukan, setiap kali pasukan mereka bermain, apatah lagi orang biasa yang memang bermain bolasepak. Maka tidak hairanlah Ananda Krishnan semakin hari semakin kaya walaupun dia mungkin tak pernah menyepak bola.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License