Potong kaki sendiri dan campak dalam api sebab tak mau kerja !

Thursday 29 March 2012


  • Di Austria, rakyat mereka yang mengangur akan ditemuduga dan ditentukan samada fit untuk berkerja atau tidak. Jika seseorang itu layak berkerja dan diberikan kerja, tapi dia menolaknya, maka faedah atau pampasan penganguran yang sepatutnya dia terima akan dipotong.
  • Seorang lelaki berumur 56 tahun yang telah mengangur sejak 2003 takut dirinya diperiksa dan didapati sihat untuk bekerja. Dia telah memotong kakinya sendiri dengan mesin pemotong elektrik lalu mencampakkan kakinya itu masuk ke dalam api agar doktor tidak dapat menyambungnya semula.
  • Dengan berbuat begitu, beliau berharap masalahnya akan selesai dan akan didapati tidak fit untuk bekerja dan selamatlah elaun mengangurnya daripada dipotong.
  • Sebenarnya dia mahu bekerja tapi dia cuma risau kalau-kalau kerja yang dia dapat nanti tidak disukainya, kata isteri lelaki malang tersebut.
  • Selepas kakinya dipotong atas sedikit dari buku lali, dia lalu memanggil ambulan untuk menyelamatkannya. Dia hampir mati kehilangan banyak darah akibat perbuatannya itu. Dan kakinya tidak dapat diselamatkan kerana teruk terbakar.
  • Lebih malang lagi para pegawai menyatakan dia akan diperiksa semula selepas sihat nanti dan keadaannya yang hilang kaki sebelah itu tidak menghalangnya untuk diberikan kerja....kantoi!
  • Jangan ada hendaknya orang kita buat kerja gila sedemikian. Cuba fikirkan kalau lelaki itu amat kuat menahan segala kesakitan untuk memotong kakinya dan sanggup menjadi cacat, kenapa dia tidak kuat untuk menerima apa saja kerja yang bakal diberikan padanya? pelikkan.
  • Itulah tandanya bahawa samada kuat atau lemah diri kita amat bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan mental kita. Membayangkan masalah yang akan datang sedangkan ianya belum datang hanya akan merosakkan selera makan kita sahaja. Kebiasannya minda akan membesar-besarkan masalah sampai kita tak sanggup lagi ke depan.
  • Jika anda menghadapi masalah seperti itu, anda hanya perlu berkata pada diri anda, 'hentikan berfikir tentang masalah tersebut sebelum ianya benar-benar datang, bila datang nanti baru fikirkan' dan mulakan fikir perkara yang lain yang lebih bermakna.
  • Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License