Apa "nasihat" Rasulullah tentang hutang

Saturday 31 March 2012


  • Adakah sesiapa di antara pembaca yang bebas daripada belenggu hutang?, jika anda termasuk daripada golongan yang lansung tidak ada berhutang maka anda adalah seorang wira yang saya kagum.
  • Orang yang tiada berhutang dalam zaman ini adalah seumpama dengan orang yang tiada kesan parut, sesuatu yang amat sukar dicari. Kita berhutang kad kredit, personal loan, beli kereta dan beli rumah di mana 2 perkara terakhir tersebut membelenggu kehidupan kita sehingga tua.
  • Kerajaan kita juga saban tahun semakin rancak berhutang, walaupun Gabenor Bank Negara kata hutang kita masih ditahap yang boleh diterima namun itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita terus berhutang.
  • Mari kita lihat apa nasihat Rasullullah pada kita terhadap hutang ini 
    • اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري
    • Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”
  • Marilah kita tanam azam untuk membebaskan diri kita daripada belenggu hutang dengan memohon kepada Allah sepertimana doa Rasulullah di atas.
    • "Ya Allah, lindungilah aku daripada melakukan dosa dan lindungilah aku dari berhutang."
  • Moga hidup bebas hutang menjadi salah satu matlamat hidup kita selepas ini.
  • Sumber
Share on :

6 comments:

  1. hutang peribadi wajib kena bayar kerana 'creditor' tak dapat keuntungan tapi hutang dari institusi kewangan yg berasaskan interest atau istilah lain yg memberi erti yg sama, hanya berdosa didlm transakti itu (samada peminjam, creditor, saksi2 & yg terlibat dlm perniagaan itu), bayar balik adalah baik, tak bayar kerana tak mampu atau sebab2 lain tak berdosa, ada bangkangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu ramai yang seronok dengan kenyataan sebegitu...tapi anda mencampakkan diri anda ke dalam lembah kesusahan terlebih lagi jika anda dimufliskan...

      Delete
    2. kenyataan ini tidak bermaksud utk menggembirakan atau menyedihkan sesiapa kerana 'duit yg diperniagakan utk keuntungan tidak termasuk dlm ibadah & istilah muflis ini dicipta oleh kaum kapitalis. muflis dlm islam tidak kena mengena dgn duit ringgit. islam hanya menghalalkan 'trade' iaitu beli barang guna duit & jual barang itu utk dapat duit modal & untung. tidak sama dgn 'jual duit dapat duit'. islam pun ada ciri2 komunis, sosialis & kapitalis (isteri rasulllah saw, siti kadhijah pun seorang kapitalis = pemodal). malangnya ciri2 atau sistem ini sekarang disalahguna utk kepentingan pihak tertentu 'at the expense of the havenots'. interesting & boleh bincang lagi kalau minat. wassalam

      Delete
    3. Menarik!, samada muflis itu ciptaan komunis atau kapitalis, yang pastinya ia berakar sebagai satu sistem yang telah diguna pakai di seuruh dunia termasuklah di negara kita. Samada kita suka atau tidak, kalau kita berhutang dengan bank dan tak bayar kita akan dimufliskan

      Kita tak cakap bab hukum, kita cakap tentang realiti. Wallahu'alam. Terima kasih atas minat tuan terhadap isu di atas, moga tuan berjaya daam hidup. Amin

      Delete
    4. jgn salah paham....ulasan ini dibuat berdasarkan tajuk 'apa nasihat rasulullah tentang hutang'. manusia dicipta & dianugerahkan dgn kuasa yg paling besar iaitu boleh buat pilihan (diberikan otak yg boleh berfikir) tidak saperti makhluk2 lain. sendiri tanggung sendiri jawab apabila membuat pilihan samada baik atau sebaliknya. masalah sekarang ialah hukum allah swt dicampuradukkan dgn hukum dunia. apapun ini hanyalah pandangan 'kita' & semestinya tidak selari dgn pandangan2 lain. moga2 tuan & keluarga dianugerahkan kesihatan yg baik & rezeki yg baik lagi halal. wassalam

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License