Politik Meloya - Kerana HUDUD, Siapa Sebenarnya Komunis Terdedah

Friday 23 September 2011

Luka lama berdarah kembali bila Nik Aziz dicabar sinis oleh Mahathir untuk kuat kuasakan undang-undang hudud diKelantan. Sebab apa tiba-tiba Mahathir cari pasal dengan cebar Nik Aziz? tak lain tak bukan untuk memperlekehkan Nik Aziz yang memang dah jadi musuh tradisi kepada Mahathir...dulu kini dan selamanya.

"Haa! kata dulu nak buat sangat hudud, tuduh aku yang halang. La ni aku bukan lagi PM, awat tak buat?" itu ayat perlekeh Mahathir pada Nik Aziz. Mahathir ingat kes itu boleh perlekehkan Nik Aziz, rupanya dia lupa Nik Aziz ni pantang kena cabar. Mahathir tak tau ka yang bukan dia saja yang garang, Nik Azizpun garang jugak. Tak caya cuba tanya anak cucu dia dan orang keliling dia.


Nik Aziz tak buang masa untuk jawab, dia segera berpaling pada Najib. Dia cabar Najid tarik balik semua surat formal yang kerajaan hantar ugut untuk kacau perlaksanaan hudud di Kelantan. Kalau Najib ikhlas nak jadi juara Islam tariklah balik semua ugutan itu dan izinkan Kelantan nak buat Hudud.

Kerasnya Nik Aziz sehingga dia tak perduli kalau DAP nak berambus keluar tak mau lagi berkawan dengan Pas sebab kes hudud ini. Kalau Karpal atau Kit Siang nak berambus silakan kata Nik Aziz, yang pentingnya sebelum aku mati aku nak pastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri aku...begitulah keras dan komitednya Nik Aziz.

Bila jadi macam tu agaknya siapa yang ketaq sekarang? mereka tak lain dan tak bukan adalah:

  1. Mahathir - diapun dah tua sangat dan hanya menunggu masa untuk sampai masa. Umno lingkup atau tidak bukan lagi urusan dia. Sudah tentu dia nak tutup mata dengan aman dan bukan sebagai wiran yang menjadi penghalang hudud di Malaysia. Apa yang dia mampu buat sekarang hanyalah tersengeh harap-harap kalau Najib sambut cabaran Nik Aziz.
  2. Najib - Mat Putih merah ni sudah tentu tak mau tunjuk dia bebal macam Mahathir. Puas dia tuang minyak tunjuk kat orang Melayu Islam yang dia hero perpaduan dan nak jadi wira agama Islam di mata Melayu. Sebelum inipun Umno berjaya tipu rakyat yang kononnya Pas tu Komunis...ha...la ni orang yang dia tuduh komunis tu nak buat undang-undang hudud...dan orang yang menuduh pulak kelu membisu tak bagi keputusan...siapa sebenarnya komunis...hehehe
  3. DAP- Terutamanya Karpal dan Kit Siang dok kata Malysia negara sekular langkah mayat depa dulu kalau nak buat hudud. Dei macha sekarang Nik Aziz tunggu green light dari Najib, ok saja dia akan jadi orang pertama nak langkah mayat kau orang berdua...hehehe
  4. Semua cina Gerakan & MCA - Serba salah dan suspen tunggu apa Najib nak kata. Sudah tentu apa yang diharapkan mereka agar Najib duduk diam saja tak kata apa-apa. Harapan mereka agar perkara ini berlalu begitu saja...dilupakan.
Kalau Najib diam seribu bahasa, terbukti tuduhan Umno/BN pada PAS yang parti itu parti komunis telah berbalik pada mereka sendiri. Akhirnya PAS pulak berada di posisi menyerang dan Tuan Guru Nik Aziz juga yang menyelamatkan suasana. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License