Azizan Elok Letak Jawatan - Salleh Majid

Wednesday 21 September 2011

Ada dua orang Azizan yang dikaitkan dengan isu letak jawatan. Yang pertama dan terkini ialah Azizan suami kepada pengerusi suruhanjaya sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar. Dia dinasihatkan agar lepaskan semua jawatannya dalam semua syarikat senaraian awam supaya tidak ada konflik kepentingan. Azizan didapati mula membeli sebanyak 450,000 saham syarikat E&O (dia juga pengerusi syarikat ini) daripada pasaran terbuka sejak April hingga Ogos tahun ini. Tiba-tiba Sime Darby dilaporkan membeli 30% kepentingan daripada syarikat E&O dengan harga RM2.30 sesaham yang lebih tinggi daripada nilai pasaran...mesti ada udang di sebalik batu nak buat untung terancang ni...kan...kan. Berita selebihnya rujuk Utusan Malaysia.

Itu cerita Azizan yang pertama, apa pulak cerita dengan Azizan kedua? Azizan yang dimaksudkan ialah Ustaz Azizan, menteri besar Kedah sekarang ini yang dilaporkan Star akan dinasihatkan untuk letak jawatan. Ada banyak gossip politik tentang Ustaz MB ni.


Sumber meloya mendapat tahu bahawa Azizan memang terror berpolitik. Dia sudah dengar ura-ura ada rombongan nak datang menziarahinya dan nak bagi hint suruh lepaskan jawatan atas dasar kesihatannya yang tak berapa segar. Dengan kebijaksanaan Ustaz Azizan, dia main dulu berita tersebut dalam media melalui orang-orang dalamannya dan dari gossip media itu dia terus memberi jawapan dia masih kuat dan tak perlu letak jawatan...maka terkecutlah niat rombongan yang nak datang setelah mendapat isyarat awal. Itulah khabarnya mainan politik Ustaz Azizan.

Ada lagi gossip panas tentang Ustaz MB ini....kita tulih lepaih ni pulak...jeng jeng jeng...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License