Geng Terengganu Terlalu Kuat Dalam Pas !

Wednesday 1 June 2011

Tuan Ibrahim bakal menjadi jagoh harapan
"Geng Terengganu" menggantikan Nasha
Tambahan terkini: Nampaknya geng terengganu tidak dapat menungkah arus perubahan yang melanda Pas. Tinggal pemuda Pas sahaja yang masih setia dengan geng terengganu. Baguslah begitu mereka boleh jadi enjin 'check & balance' dalam sama-sama memperkasakan Pas.

Cakap-cakap kedai kopi mengenai wujudnya "geng Terengganu" kini bukan lagi menjadi rahsia. Semua mereka yang celik politik Pas sudah mengetahuinya bahawa merekalah selama ini yang mencatur segala strategi siapa yang perlu naik dan siapa yang perlu turun.

Tidak ada sesiapa yang mampu memadamkan kekuatan mereka berpolitik dalam hal ehwal mengatur struktur organisasi Pas.

Golongan mereka yang mahu melihat Pas melonjak ke atas dengan lebih bergaya agar disokong oleh semua bangsa dari segenap lapisan dilabelkan sebagai golongan Erdogan atau golongan profesional.

Baru-baru ini dalam satu forum di dewan perhimpunan peniaga cina selangor golongan erdogan dicabar agar lebih tegas bangun menyatakan pendirian mereka dan berterus terang, tapi nampaknya tiada seorangpun dari mereka yang berani mengambil tindakan kamekaze seperti itu. Semua orang tahu mereka yang melawan arus 'geng terengganu' bakal dipetisejukkan.

Contoh yang paling ketara boleh dilihat kepada apa yang terjadi kepada Dr Mujahid yang kini dipulau dan tidak mendapat tempat di hati 'geng terengganu' akibat tulisan bukunya 'menuju Pas baru.

Share on :

5 comments:

  1. jangan salahkan mereka. perwakilanlah yang telah memberi kedudukan selesa kepada mereka. perwakilan tidak nampak keburukan yang akan digalas pas akibat dari menumpukan jawatan kepada mereka. perwakilan terus dibuai mimpi dan mentaliti wala' menerima sepenuhnya kempen "kepimpinan ulama tercabar!" pada 2009. nasha menang jawatan timbalan presiden kerana perwakilan pada waktu itu tidak mahu presiden dan timbalan presiden, kedua2nya dari terengganu. dan hari ini khabarnya terengganu menolak nasha dan berjaya menekan tuan ibrahim untuk menerima pencalonan timbalan presiden. untuk cuba berselindung, tuan ibrahim menyatakan bahawa beliau bukanlah galang ganti kepimpinan ulama. habis untuk apa bertanding? untuk memangku jawatan presiden jika sesuatu berlaku kepada presiden (yang dibimbangi sangat oleh kumpulan ulama yang juga mesra umno)? diharap tuan ibrahim akan dapat menunujukkan warna beliau yang sebenar sekiranya menduduki jawatan timbalan untuk hapuskan imej beliau telah 'digunakan' oleh penentang profesional dalam pas!

    ReplyDelete
  2. PAS bukan milik Geng Trengganu.Lihat berapa ramai geng Trengganu sekarang berada diIbu Pejabat PAS - Hadi Awang(sudah menang)Harun Taib(sudah menang),Stopa Ali,Abu Bakar Chik,Suhaimi Embong - semua memegang jawatan penting.Nasa sekadar orang suruhan aje,begitu juga Hj.Halim, Idris Ahmad dan Tantawi.Yang bukan geng Trengganu ini dilantik sekadar untuk tutup mata aje.Itu pun dipilih,yang boleh ikut kata sahaja.
    Muktamar akan datang adalah masa dan tempat yang sebaik-baiknya untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu.Sekiranya keadaan tidak diperbaiki kali ni,PAS akan hancur.

    ReplyDelete
  3. Hussin, matantiug, zul md nor,
    terima kasih atas komen anda semua.

    Khas buat zul md nor, moga tuan masuk dalam golongan mereka yang pandai.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License