Biar Anak Tak makan Sampai Mati - Dihukum Penjara 15 Tahun

Thursday 2 June 2011

Pasangan Jill Hull, 28 dan Gary West, 30 dijatuhkan humuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membiarkan anak kecil berumur 11 minggu mereka kelaparan sehingga meninggal dunia.

Dalam bedah siasat bayi itu didapati tidak ada lansung makanan di dalam sistem badannya. Berat ketika ia ditemui mati lebih ringan daripada berat ketika ia dilahirkan.

Pasangan tersebut dikatakan pasangan ibubapa pemalas sehingga anakpun tidak di beri makan.

Kalau di negara barat kes seumpama itu sudah riuh rendah. Tapi kalau mereka datang ke negara kita, mereka akan lebih terkejut dengan berita bayi dicampak keluar dari flat, dibuang ke dalam longkang, dicampak ke sungai dan lain-lain.

Rakyat kita lagi hebat!

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License