Lagi kes Bawa Lari Pengundi Jadi Isu, Tapi Umno/BN Pulak Yang Tuduh !

Sunday 29 May 2011

Kebiasaannya pihak pembangkanglah yang menjerit-jerit pada SPR kononnya berlaku perpindahan pengundi secara besar-besaran bagi menjamin kemenangan BN pada kawasan-kawasan tertentu.

Kini terbalik kod apabila Umno/BN juga sudah mula mengadu perkara yang sama kononnya berlaku perpindahan pengundi dari bahagian pulau kepada tanah besar di Pulau Pinang bagi menjamin kemenangan PR di sana.

Kalau tak ada angin sudah takkan pohon bergoyang. Nampaknya pokok benar-benar bergoyang daripada kedua-dua belah pihak, sudah pasti memang benar-benar ada angin. Ternyata aktiviti bawak pelari pengundi ke sana-sini memang sudah menjadi salah satu cara strategi memeastikan kemenangan.

Setakat bawak lari pengundi boleh dikira ok lagi, tapi jika ada aktiviti bawak lari warga negara asing dari negara luar dan didaftarkan sebagai warga negara dan bertukar menjadi status pengundi sudah dikira melampau.

Negara kita biarlah rakyat kita yang menentukan siapa yang lebih layak memerintah atau menjadi wakil kita. Lagipun kita dah lama tinggal di sini dan lebih memehami apa keperluan kita.

Bukannya tak boleh meramaikan warga negara Malaysia dengan membawa warga luar, tapi biarlah mereka yang terdiri daripada manusia yang berkualiti yang banyak manafaatnya pada negara dan rakyat, bukannya membawa para penyangak dan penyumbang kepada masalah sosial negara.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License