Pasangan Teoh Berjaya Selamatkan Anjing Pembunuh Mereka - Nyawa Manusia Lebih Murah Dari Nyawa Anjing, Celaka !

Monday 30 May 2011

Dalam kes pembunuhan seorang rakyat Poland di Pulau Pinang oleh anjing ganas kepunyaan sepasang tauke kebuh buah durian mahkamah hanya mendenda RM8,000 kepada pasangan Teoh.

Seronok melihat nyawa melayang sedangkan tuan punya anjing hanya didenda RM8,000. Dan lebih malang lagi hari ini pasangan Teoh berjaya menyelamatkan anjing mereka daripada dibunuh esok kerana menunggu rayuan mereka di mahkamah tinggi.

Ramai tuan punya kebun serta hartanah di negara kita yang menggunakan anjing bagi menjaga hartanah mereka. Ramai juga dari kalangan mereka yang kaya di kawasan taman membela anjing yang dilepaskan bebas di kawasan pagar rumah mereka.

Kadang-kadang anjing tersebut dilepaskan dan banyak kejadian kanak-kanak menjadi mangsa terkaman anjing yang memang dilatih untuk mencederakan semua orang kecuali tuannya.

Apabila ada anjing ganas seperti itu yang di apa-apakan oleh penduduk atau pihak berkuasa, manusia yang berjuang hak asasi anjing di negara kita dan juga luar negara bangun menyalak dengan hebat menuntut tindakan keras diambil kepada mereka yang mencederakan anjing.

Sebenarnya orang yang patut dikenakan tindakan keras adalah tuan punya anjing yang sombong, kedekut, busuk hati, yang meletakkan anjing bagi menyerang sesiapa saja melainkan tuannya. Bagi tuan anjing seumpama ini, semua orang yang menghampiri tanah mereka adalah musuh.

Lain kali jika ada lagi orang yang diserang atau dibunuh anjing, elok tangkap tuan punya anjing terlebih dahulu dan kenakan tuduhan membunuh tak berniat, baru setimpal.

Anjing tak ada salah apa-apa, mereka tak ada akal, sebaliknya tuan punya anjing yang tidak menggunakan akal belasah mereka, baru mereka ada akal.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License