Dalam Ilmu Kira-Kira Politik, 1=2 !

Wednesday 1 June 2011

Kenapa setiap kali ada ahli Pas masuk Umno atau ahli Umno masuk Pas, semua orang akan canangkan riuh sekampung?. Awat kalu buat diam-diam tak boleh ka?

Sebabnya adalah untuk menakut-nakutkan parti lawan bahawa satu pukulan yang hebat sedang berlaku. Ia juga dapat memberikan kesan psikologi kepada orang ramai bahawa parti yang ditinggalkan itu tidak bagus dan parti yang dimasuki itu bagus.

Setiap kali ada ahli sesebuah parti menukar masuk menjadi ahli parti lawan, ia memberikan maksud parti itu perlu berusaha 2 kali ganda bagi menggantikan ahlinya yang telah hilang.

Dalam kes ahli Pas yang masuk Umno di Changkat Ibol baru-baru ini seramai 118 orang, Pas perlu menggantikannya dengan 236 orang bagi mengembalikan jumlah undiaan yang hilang.


Mari lihat contoh mudah berikut:


  • Katakan ada 50 ahli Pas dan 50 ahli Umno dan satu ahli Pas telah masuk Umno.



  • Sekarang jumlah undi Pas akan menjadi 49 manakala jumlah undi Umno akan menjadi 51.



  • Untuk menjadikan jumlah undi seimbang semula, Pas perlu menambah 2 orang dari luar bagi menjadikan jumlah undiannya 51. Maka barulah seimbang kembali seperti asal iaitu Pas 51 dan Umno 51.



  • Jadi dalam ilmu kira-kira Politik, satu sebenarnya adalah sama dengan dua.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License