" PKR - Parti Keluar Ramai-Ramai " Kata PM - Kerjasama BN & PR Mula Berputik

Sunday 3 April 2011

Najib di Airport Penang. Beliau dihadiahkan 3000
ahli PKR oleh Pakatan Rakyat sempena lawatan
nya ke sana.
Laporan bernama menyatakan hari ini seramai 3000 ahli PKR keluar dari parti tersebut. Mereka tinggalkan PKR akibat hilang kepercayaan kepada pimpinan parti. Boleh dikatakan habis mereka kutip ahli-ahli dari serata tempat di pulau dan juga seberang untuk menggembirakan PM sempena lawatannay ke sana.

Dek terlalu gembira dan yakin untuk menebus kembali kekalahan PRU-12 tempoh hari di tangan Pakatan Rakyat, di tambah dengan kerjasama baik pihak pembangkang yang sudi menyerahkan sebahagian ahli pakatan rakyat menjadi kuda tunggangan BN, PM terus umumkan keputusan untuk sama-sama membangunkan negeri Pulau Pinang menjadi kota metropolis ke-3 di Malaysia selepas Johor dan Lembah Klang.


Ia merupakan satu "barter trade" yang bagus daripada kerajaan negeri untuk menggembirakan PM dan dalam masa yang sama seluruh rakyat Pulau Pinang mendapat manafaat daripada usaha sama kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.

Walau macam manapun kita perlu juga berterima kasih kepada 3000 orang India dan juga 70 Melayu Pulau Pinang yang sanggup korbankan maruah mereka untuk menyertai semula BN, tanpa mereka mungkin usaha kerajaan negeri menawan hati PM tak akan menjadi.

Mungkin kerajaan negeri Kelantan juga perlu mempertimbangkan cara yang sama bagi mendapatkan kerjasama kerajaan persekutuan. Carilah dalam lingkungan 2 ke 3 ribu ahli Pas yang sanggup berkorban untuk umumkan keluar Pas dan masuk Umno di Kelantan. Apalah sangat 3000 ahli berbanding manafaat yang bakal diperolehi oleh semua rakyat jelata.

Syabas BN dan juga PR, kerjasama dan rundingan sebegitulah yang kita dambakan demi membangunkan negara kita.

Berita asal kat sini.
Berita kerjasama antara Kerajaan persekutuan & Kerajaan negeri kat sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License