Aku Yakin Pelakon Tu Anwar ! - Ulasan

Tuesday 5 April 2011

Ramai yang marah dengan entry saya tadi. Ramai juga yang sokong dan gembira dengan entry tersebut. Sudah pasti yang marah adalah ahli serta penyokong kuat PR manakala yang sokong dan gembira adalah ahli serta penyokong kuat BN.

Apa yang pasti adalah gambaran yang saya cuba berikan terhadap mereka yang tiada ahli dari mana-mana pihak seperti kawan yang saya tanya tersebut. Dia terpengaruh dengan paparan yang telah disiarkan dalam u-tube itu. Begitu juga dengan beberapa kawan yang lain, yang terkedu dan condong untuk percaya.

Ternyata kesannya amat mendalam pada mereka yang duduk atas pagar. Apa yang diusahakan BN nampak berhasil dan kuat kesannya pada masyarakat umum atas pagar. Itulah yang BN mahu.

Bagi mereka yang atas pagar dan mula mahu percaya cuba renungkan perkara berikut kenapa anda perlu menolak video itu:

  1. Kerana ia disebarkan oleh orang BN yang merupakan musuh ketat Anwar. Mereka mahu membunuh karier politik Anwar walau dengan apa cara sekalipun. Mereka akui Anwar amat merbahaya buat BN.
  2. Dalam pembuatan video zaman moden ini, untuk menghasilkan solekan yang menampakkan wajah orang tertentu amat mudah sekali. Sedangkan Mahatma Gandfipun boleh disediakan dengan menyolek orang putih, apalah sangat untuk menyolek Anwar Ibrahim.
  3. Dalam dunia ini ada bersepah pelanduk 2 serupa. Untuk mencari seseorang yang berwajah mirip Anwar Ibrahim bukanlah kerja payah, apalagi ada bayaran yang lumayan. Ramai manusia yang tewas dan laparkan duit. Buat apa saja untuk kaya.
  4. Takkan lah Anwar yang memang wanted untuk dijatuhkan itu terlalu bodoh untuk mendedahkan dirinya dalam kes-kes seumpama itu. Budak sekolah rendahpun boleh fikir logik tersebut.
  5. Dalam dunia canggih sekarang yang video berwarna warni, apa hal pulak buat filem hitam putih. kalau nak dedah salah laku orang bukankah lebih real dan mudah dengan warna warni. Tapi kenapa hitam putih menjadi pilihan, sudah tentu ada maksud nak tipu orang.
  6. Masa yang dipilih untuk mendedahkan video tersebut bertepatan dengan pilihan raya Sarawak. BNsudah mula goyah di kawasan sana. Pengaruh PR makin naik sedangkan BN bermatian peru menang kat sana. Mereka sanggup buat apa saja untuk mastikan mereka menang.
Banyak lagi alasan lain yang perlu difikirkan sebelum menerima dan percaya senjata membunuh karakter orang seperti itu.

Bagi yang percaya, memang anda telah melakukan kesilapan dan telah berjaya diperbodohkan oleh kumpulan yang jahat, yang berniat jahat, yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka dah terlalu banyak buat onar pada negara kita dan rakyat sudah bosan dengan lakonan mereka.

Baca juga ulasan kat sini.
Share on :

1 comment:

  1. pada pendapat saya: manusia dlm video tu mungkin DSAI atau mungkin jgk tidak..biarlah pihak berwajib yg menyiasat dan memastikan kebenaran siapa dlm video tu atau pun tubuhkan suruhanjaya bebas yg melibatkan semua pihak yg berkaitan dan semua parti . kerana keadilan hanya dapat di tegakkan dengan penglibatan semua pihak tanpa membuat sebarang pertuduhan. Sekian

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License