Husam Jadi Presiden PAS - Apa Komen Orang Pas !

Friday 8 April 2011

Terkini: Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden oleh Pas Kawasan Bukit Bintang.

Ada cadangan agar Husam bertanding untuk merebut jawatan Presiden Pas daripada Tuan Guru Haji Hadi. Dalam banyak-banyak pemimpin Pas yang ada agak menarik apabila 2 calon tersebut menjadi pilihan.

Tuan Guru Haji Hadi sebagai calon presiden bagi pemilihan akan datang adalah biasa kerana sekarang dia merupakan orang yang menyandang jawatan tersebut. Tetapi bagi Husam untuk dicalonkan sebagai presiden merupakan sesuatu yang menarik.

Apakah ada orang lain dalam Pas yang dilihat layak dan berkaliber untuk membuat suatu perubahan besar dalam Pas selain daripada Husam, agar menjadi sebuah parti yang hebat yang dapat menerajui pakatan pembangkang.

Persoalan samada presiden mestilah seorang ulama atau tidak bukanlah kehendak perlembagaan Pas, jadi isu itu tidak timbul. Ia hanyalah persepsi yang lahir secara peribadi bagi sesetengah ahli Pas.

Majlis syura adalah badan tertinggi dalam Pas yang perlu dipatuhi oleh presiden yang lebih merupakan seorang pelaksana kepada keputusan majlis syura. Jadi jelaslah di sini pihak atau kumpulan yang paling berkuasa dalam Pas adalah golongan ulama dan bukannya presiden parti.

Disitulah terletaknya falsafah kepimpinan ulama dalam parti Pas. Dasar itulah juga yang membezakan Pas dengan Umno. Struktur yang meletakkan ulama sebagai agen perubahan masyarakat yang menyedia serta merumuskan strategi serta hala tuju pentadbiran parti jika dilaksanakan dengan kemas dan rapi serta tersusun dengan penuh hikmah bakal melahirkan satu transformasi yang hebat.

Secara peribadi saya sokong, jika Husam menjadi presiden. Tetapi ada komen yang menarik di tulisan blog ini yang menetang Husam menjadi presiden. Lihat komen tersebut di bawah"



Tanpa Nama berkata...




Salaam,

Husam boleh jadi Presiden dengan syarat ;
1. Hormati pandangan orang lain dan keputusan setiap mesyuarat yang telah dibuat ( Boleh rujuk Exco K'tan)
2. Lebih mesra alam dan tidak berlagak macam CEO syarikat korporat
3. Memperbaiki KETEPATAN masa dalam semua urusan.
4. Kena masuk mesyuarat ikut waktu. Jangan setiap kali mesyuarat masuk lambat dan kemudian keluar awal dan lepas tu ubah keputusan mesyuarat dengan mempengaruhi orang lain. (Yang ini Dr Zul, Dr Hatta, Dr Mariah boleh confirmkan performance Husam setiap menghadiri mesyuarat PAS Pusat)
5. Tepati janji terutama dalam soal masa (Yang ini boleh confirm dengan semua orang yang pernah berurusan dengan Husam terutama yang selalu bawak beliau iaitu ****) dan peruntukkan kewangan.
6. Belajar untuk bekerja dalam satu pasukan dan bukannya jadi Lone Rangers.
7. Menghotmati pandangan orang lain dan jangan hanya anggap pandangan aku hebat (mungkin boleh rujuk dengan Exco K'tan)
8. Membuang tabiat suka mengurung binatang liar !!! (yang ini peribadi)
9. Ada banyak lagi yang akan menyussul. 
Sekiranya 9 perkara ini Husam boleh settle, maka dia layak jadi Presiden. Kalau tak jadi YDP Kubang Kerian aje lah.

Ada sesiapa yang boleh menungkah tuduhan ke atas Husam di atas...?

Bagi saya:
Kebanyakan isi yang diketengahkan oleh pengomen tanpa nama (bacul) di atas hanya menggambarkan Husam sebagai pemimpin dan bukan pemgikut. Tabiat pengikut biasanya adalah suka ikut cakap orang, idea orang semua baik sedangkan dia tiada idea, dan lain-lain seumpama dengannya, jadi bukanlah alsan untuk menolak Husam sebagai presiden.


Komen yang Husam berlagak macam CEO syarikat korporat, memang kena pada tempatnya kerana sebagai presiden Pas tugasnya hanyalah macam CEO yang melaksanakan polisi yang dirangka oleh pihak yang lebih tinggi iaitu majlis syura.


Komen suka kurung binatang, itu lansung tak relevan.


Bekerja sebagai satu pasukan. Untuk presiden, kita memerlukan satu pasukan yang bekerja untuknya.


Perkara yang paling penting untuk menjadi seorang Presiden adalah keupayaan melaksanakan kerja dan meyakin orang ramai untuk mengikuti keputusan yang telah dibuat. Itu semua ada pada Husam
Share on :

13 comments:

  1. Kalau tuduhan yang dinyatakan oleh Tanpa Nama itu benar maka Husam perlu memperbaiki dan berubah sebelum dipilih menjadi presiden.

    Ramai ahli PAS tidak mengenali peribadi Husam secara dekat.

    Apa pun kita mahu melihat PAS yang lebih agresif dan menjadi parti terkuat di Malaysia

    ReplyDelete
  2. aku bukan nak mengomen, tapi sebagai seorang ahli parti, aku berhak mempertahankan setiap pilihan yang aku pilih setiap kali diadakan pemilihan dalam parti.
    parti pas mempunyai tapak yang kuat di Kelantan, sekian lama Kelantan telah menjadi sumber untuk mencari pemimpin PAS diperingkat pusat.
    Namun PAS kini tidak seperti tahun 60an, PAS telah meresap ke setiap pelusuk negara, dari Perlis ke Johor dan dari Kelantan ke Selangor. Bakat-bakat kepimpinan PAS telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
    Dalam keadaan ini, Kelantan nampaknya kekeringan tokoh untuk diketengahkan sebagai pimpinan pusat, walaupun kepimpinan diperingkat negeri kebolehan mereka dibanggakan. Dalam pemilihan lepas, tidak terdapat seorang pun calon yang mewakili Kelantan menang dalam pemilihan. Bahkan jawatan yang diisi adalah jawatan bersifat anugerah. Hakikat ini terpaksa ditelan oleh PAS Kelantan walaupun amat terasa pahitnya (baikilah situasi tersebut).
    Kembali kepada Husam Musa sebagai calon presiden, aku rasa jawatan tersebut terlalu tinggi untuk beliau. Walaupun aku orang Kelantan, aku telah memilihnya untuk jawatan Naib presiden, namun selepas beliau menawarkan diri sebagai Tim. Presiden aku tidak memilihnya.
    Husam Musa adalah jenerasi kedua PAS Kelantan, iaitu jenerasi selepas PAS menawan Kelantan. Walaupun beliau berbakat besar untuk mengantikan kepimpinan PAS Kelantan, namun nampaknya beliau masih kurang serasi dengan jenerasi lama PAS, terutama kelompok ulamak.
    Mungkin tidak hari ini, tetapi cahaya masa depan Husam Musa dalam PAS adalah cerah, jika beliau lebih dilihat berpolitik dengan budaya PAS daripada berpolitik mirip UMNO.

    ReplyDelete
  3. Independent Malay9 April 2011 at 01:35

    As-Salam Sdra,saya bukan orang PAS tapi menyokong perjuangan memartabatkan Islam.Presiden parti adalah sebagai CEO,kalau dah lama takde peningkatan kenalah tukar kpd yg lebih muda/bersemangat.Presiden skrg sebagai seorang ulama eloklah di naikkan ke Timb.Mursyidul Am ganti Dr.Harun Din yg tak membantu sikit pun Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.Lagipun Dr.Harun ini banyak sangat berurusan/bersetongkol dgn.puak2 Umno.Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Saya adalah ahli PAS seumur hidup yang semestinya mahu melihat matlamat Parti kesampaian.
    Mengenai Tajuk, Husam jadi Presiden
    saya amat bersetuju. Apabila disebut
    manusia pastinya ada kekurangan. Nabi Muhammad s.a.w sendir telah ditegur oleh Allah subhanahu wa taala. Saya secara peribadi tidak rapat dan tidak bergaul dengan YB. Husam namun saya tahu dia seorang yang layak untuk mrnjadi Presiden.
    Seperti maklum presiden PAS bukanlah seorang diri membuat dasar atau keputusan tetapi Presiden mestilah seorang yang boleh melaksanakan dasar dengan effisien. Mesti juga seorang yang mempunyai vision yang jelas tidak mudah terpengaruh semoga mission dapat terlaksana mengikut target dan jadual.
    YB. Husam seorang yang charismatic
    yang juga mempunyai kelebihan dari segi political will and visious,knowledge oriented duniawi juga ukhrawi, strategical minded.
    Bagi saya HUSAM mempunyai sifat dan quality diri yang baik dan sekali lagi mengatakan layak menjadi Presiden.
    Selayaknya menjadi Presiden ialah YAB. Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz
    namun beliau telahpun memegang tampok tertinggi. Mungkin beliau tidak akan memberi pengesyuran tetapi saya rasa beliau amat bersetuju sekiranya Husam menjadi Presiden. Husam ialah anak didik Tok Guru.
    Inilah masanya PAS perlu mengubah paradigma serta menguatkan penjanaan.
    Sahabat yang komen itu bersifat seorang pengikut jadi dia berfikir selaku pengikut. Bagi seorang Pemimpin sifat2 yang yang di nyatakan dalam komen sahabat kita tadi perlu ada pada dirinya. Tentu pada yang terlalu ketara perlulah di perbaiki. Yang paling utama Pemimpin boleh mempengaruhi orang lain dan bukan dipengaruhi.
    Dengan bantuan dan sokongan mereka2 sperti Hj. Mat Sabu, YB. Sallehudin, YB. Nizar. Dr. Mujahid, Dato' Tuan Man ,YB Dr. Hatta dan lain lagi saya rasa
    akan lahirlah satu pasukan yang kuat dalam melaksanakan dasar dan kehendak parti dengan pemantauan Majlis Syura. Kita ini berbincang dalam hal politik dan harus pemikiran kita tertumpu ke arah itu
    bukannya melihat sebagai mentadbir sebuah persatuan sukarela.
    Saya berdoa perkara ini akan cepat berlaku dan rasanya adalah amat baik perubahan kali berlaku melalui mesyuwarah bukan saja bagi jawatan Presiden tetapi semua jawatan. Kita tidak melihat kepentingan individu tetapi harus melihat kekuatan parti dan kesampaian mission dan target. Harap semua ahli dan pimpinan bersetuju. Ini adalah pendapat saya yang tidak terpengaruh.
    Saya ialah bekas S/U Dun W.Bharu
    semasa ADUN Hj. Ramli

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya bersetuju dengan pandangan beksa su w/baru. Selepas pru12, pas semacam dragging its feet untuk mengeksploitasi gelombang perubahan rakyat. Pas malah dilihat menongkah arus apbila dijerat dengan 'usaha untuk menyematkan paklah' (pertemuan dalam gelap). Ini diikuti pula dengan 'merapat dan meluruskan saf' dengan umno (unity government). Kedua2 ini berlaku kerana 'terpengaruh' dengan pandangan serta cadangan pihak ke3, yang ketara untuk 'memusnahkan' pas tetapi tidak dapat 'dibaca' oleh mereka2 yang terlibat. Lebih parah lagi apabila keputusan dibuat tanpa dibincang oleh ajk pas pusat dan tanpa merujuk kepada majlis syura ulama. Mereka telah mengenepikan saluran2 parti yang perlu dilalui dan dipatuhi! Ini hanya boleh berlaku apabila wujud agenda sebdiri.

    Ada yang akan menuduh saya asyik menimbulkan perkara yang sama. Bagaimana tidak, kerana itulah yang telah menjejaskan 'memperkasakan pas' untuk 'pas ganti umno', sekali gus pakatan rakyat, dan menjadikan pas part dominan. Kesemua ini terencat kerana 'perpaduan dalam gelap' dan 'kerajaan perpaduan', mahu nafikannya?

    Justeru sangatlah perlu bagi pas memiliki saf kepimpinan yang mampu menggerakkan pas kehadapan sesuai dengan perkembangan semasa dipandu oleh majlis syura ulama yang berwibawa (bukan yang ada sekarang)!

    Wallahu'alam.

    Hussin

    ReplyDelete
  6. DARI KAKI GUNUNG JERAI9 April 2011 at 13:00

    Dalam era kepimpinanan Ulama, untuk menukar pimpinan tertinggi Pas adalah mustahil kecuali pemimpin itu membuat kesalahan besar yang jelas melanggar syariat seperti melakukan maksiat,rasuah,pecah amanah dan dibuktikan bersalah.

    ReplyDelete
  7. kegilaan pada jawatan dan menaikkan puak masing-masing boleh menghancurkan parti. nampaknya budaya umno dah lama ada dalam parti ini. kerja untuk rakyat lebih utama

    ReplyDelete
  8. Presiden skrg tidak mempunyai karisma. Beliau merupakan seorang ulama yg tersohor tetapi perlu diakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli politik yg bijaksana. Pas adalah sebuah parti politik. Maka dengan itu ia perlu ditadbir oleh ahli politik yg bijaksana. Presiden yg ada sekarang dilihat tiada misi dan visi. Beliau hanya tahu perkara halal dan haram saja.

    Tidak berbangkit budaya umno atau budaya apa pun. Yg penting ini adalah politik. Walaupun dicop budaya umno tetapi ianya adalah lebih mulia berbanding bersekongkol dalam gelap ditipu hidup2 oleh umno. Pas perlu perubahan utk memenangi kerusi pilihanraya sebanyak mungkin utk melaksanakan apa yg dicita2kan. Tidak perlu bertanding jika tiada semangat utk menang

    Buanglah kata2 kuno dan primitif "Biar pas kalah asal Islam menang". Itu semua kata2 yg tak membawa sebarang erti. Islam masih ketinggalan di malaysia selagi pas tak menang. Dengan erti kata lain Islam tak mungkin menang berketuakan pemimpin yg tak tahu mentadbir walaupun expert dlm soal hukum hakam.

    Sebagai contoh... bagaimana sesebuah pasukan bolasepak boleh menang jika diketuai oleh seorang yg hanya tahu hukum atau undang2 permainan sedangkan dia tidak pandai menyusun strategi serta taktikal utk menyerang dengan ertikata lain "kaki bangku". Perlukah kapten berpakat dgn pihak lawan dlm gelap agar permainan berkesudahan dengan markah seri tanpa jaringan? Kami sebagai penyokong2 di luar padang akan mengatakan bahawa kapten adalah seorang yg BODOH TERAMAT SANGAT.

    Kalau pak lah yg tak ada karisma sudah berundur dari mengetuai umno maka bila lagi pak lah versi pas akan berundur dgn sendirinya secara terhormat?

    ReplyDelete
  9. HUSAM TETAP YANG TERBAIK..

    HUSAM USAH BERUNDUR..
    TERUSKAN MASUK GELANGGANG..

    POTENSI HUSAM UNTUK MENANG SANGAT CERAH SEKIRANYA 1 LAWAN 1 DENGAN HAJI HADI..

    ANGGAPLAH PERTEMBUNGAN HADI DAN HUSAM ADALAH JIHAD POLITIK..

    KAMI PENDOKONG HUSAM MENDOAKAN KEMENANGAN BUAT HUSAM..

    KE ARAH PAS BARU.......

    KEPIMPINAN ISLAM

    tuan guru nik aziz sebagai mursyidul am pas..
    husam musa sebagai presiden....
    muhammad sabu sebagai timbalan presiden ...

    ir nizar, dr. mujahid yusuf rawa dan salehudiin ayub...

    ReplyDelete
  10. Pak Mat Stemrol12 April 2011 at 19:39

    Tidak salah dari segi perlembagaan pun apa nak gaduh.Lawan adalah satu proses demokrasi yang dibenarkan. Apa kalau Presiden bukan Ulamak akan menjahanamkan Pas ka? Ini lebih mulia dan berakhlak daripada secara Muktamar 1982 dulu.Kepada Husam Kalau Takut dilambung ombak usah berumah ditepi pantai.

    ReplyDelete
  11. Pengomen tanpa nama ooi....

    1. Lu jangan nak perli gua punya Prsiden. Mentang-mentang gua punya presiden tak kawan dengan orang, tak makan kedai kopi, lu mau kenen dia. lu mau baling batu sembunyi tangan.

    2. Lu mau kata sama Husam, atau lu mau kutuk gua punya Presiden. Lu kata, mau ubah keputusan mesyuarat. Presiden gua mau UG lepas keputusan mesyuarat agong, bukan buat pun lagi. itu baru rancang le. jangan nak camdek gua punya Presiden.

    3. Lu jangan nak jadi batu api. Presiden gua bukan tak pandai kendali mesyuarat sampai melalut panjang dan tak dapat buat keputusan, tapi Presiden gua tak sihat, ada strok,Darah Tinggi, jantung. Apa pasal lu suka dedah orang keluar mesyuarat awal. Lu mau kutuk wa punya Presiden ka?

    4. Apa pasal lu mau baling bola lantun, gua punya presiden memang bukan ceo, dia tak ada guna kepala sendiri, dia cuma guna pendapat "kolektif". Dia ikut kata ramai.

    Lu ada agenda sendiri.. ha.. ha.. mau bocor mesyuarat Parti gua...

    ReplyDelete
  12. Menanti detik perpaduan
    Oleh ZULKIFLEE BAKAR
    pengarang@utusan.com.my

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

    ReplyDelete
  13. hussin,
    link yg tuan bagi tu tak ada rencana yang dimaksudkan!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License