Umi Hafilda Beri Isyarat Mahu Jadi Calon Umno Dalam PRU-13

Friday, 9 December 2011

Dalam temuramah bersama Radio24 semalam, Umi Hafilda tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jika dia dicalonkan. Katanya jika pucuk kepimpinan merasakan dirinya layak, layaklah, jika pimpinan kata saya tak layakpun tidak mengapa.

Kalau tidak bertandingpun Umi Hafilda akan tetap bekerja keras untuk mendedahkan pekung pembangkang dan belaiu akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan itu. Selagi pemimpin pembangkang tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, belaiu akan terus berusaha.


Nampak sangat, Umi Hafilda ada kepentingan tertentu untuk menjadikan dirinya penting agar dapat dipertimbangkan sebagai calon PRU-13 nanti. Sekurang-kurangnya jika BN menang selepas PRU-13 nanti belaiu akan diberikan title senator seperti yang berlaku pada Ezam dan juga Nallakarupan.

Umi tahu bahawa sesiapa saja yang menunjukkan kerja kuat mereka menyerang peribadi Anwar Ibrahim akan diberikan Najib anugerah Senator. Umi mungkin mengidamkan posisi ketua wanita Umno Shahrizat Jalil sebagai menteri apabila kedudukan Shahrizat nampak sedikit goyah.

Persoalannya adakah Umi Hafilda layak menjadi YB, adakah dia mempunyai agenda perjuagan dan falsafah politik selain daripada menyerang orang dan buat duit melalui kerja lobi melobi kejar projek. Lebih melucukan adalah beliau sebenarnya bukan lagi ahli UMNO setelah turut sama keluar dari parti itu bersama dengan Tun Mahathir dulu.

Tun Mahathir dah masuk semua ke dalam Umno apabila diberikan sendiri borang masuk semula oleh Najib sebaik sahaja dia menjadi presiden Umno, malangnya Umi Hafilda tak ada sesiapa yang sudi menjemputnya semula masuk Umno.
Share on :

1 comment:

  1. Hahahaha nak jadi YB? Elok juga umno letak umi bertading ... Jom kita 'pangkah' Umni Hafilda ...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License