Berbagai cara untuk buat duit dilakukan oleh mereka yang tak ada kerja lain selain dari menipu orang. Cara terbaru kali ini dilakukan bersempena dengan bahang PRU-13 yang semakin terasa.
Biro Pengaduan Awam MCA mendedahkan bahawa terdapatnya sendiket atau orang perseorangan yang menggunakan nama Najib untuk mengutip derma kononnya untuk derma persediaan Pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Mereka menggunakan telefon yang mirip nombor dari Bukit Aman dan mengaku sebagai pegawai polis daripada Bukit Aman. Mereka menelefon beberapa individu memohon derma antara RM3,000 ke RM5,000 atas nama membantu Perdana Menteri sebagai persediaan menghadapi pilihanraya.
Mereka yang menerima panggilan tersebut membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA tetapi masih belum melaporkannya kepada pihak Polis. Pihak polis bersedia menyiasat perkara tersebut jika dilaporkan, demikian menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Yang menghairankan mana timbulnya idea mengutip derma untuk pilihanraya ini. Jika ada yang berbuat begitu bermakna sebelum ini praktis sedemikian sudah menjadi kebiasaan?.
No comments:
Post a Comment