Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan kepada semua para imam di seluruh masjid di sana agar tidak sesuka hati membaca doa qunut Nazilah melainkan jika fatwa dikeluarkan untuk melakukannya. Doa qunut Nazilah sunat dibaca apabila umat islam ditimpa bencana atau sedang menghadapi kesukaran. Seluruh masjid akan dipantau dan melakukannya tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan.
Selain itu, kerajaan juga mengarahkan semua imam tidak membenarkan sebarang aktiviti kutif derma berlaku di dalam masjid. Banyak laporan mengatakan jumlah peminta derma dari yaman dan juga Afrika meningkat dan mereka sering meminta derma setiap kali solat jumaat.
Fatwa melarang kutip derma sebelum ini dilakukan oleh ulama Indonesia yang melihat ianya sudah menjadi satu gejala buruk menjangkiti masyarakat sehingga masyarakat tidak tahu siapa yang benar-benar susah atau mereka sekadar mengambil kesempatan. Ulama Indonesia juga mengeluarkan fatwa melarang orang ramai memberikan derma kepada peminta derma kerana ini hanya menggalakkan mereka meneruskan kerja sebegitu.
Kes yang sama juga berleluasa di negara kita setiap kali solat jumaat begitu juga di serata tempat dan daerah beribu-ribu peminta derma berkeliaran atas mukabumi kita saban hari mengutip derma atas berbagai alasan. Ramai yang datang dari Thailand dan ada juga yang datang dari Afganistan.
Jika ditambah lagi dengan peminta sedekah di pasar-pasar malam dan juga restoran-restoran, jumlah tersebut akan bertambah lagi. Semalam sedang saya makan di Bangsar, tak sampai setengah jam sudah ada 3 peminta sedekah datang meminta. Begitulah setiap malam. Tidakkah kita perlu melakukan sesuatu sebelum semua ini menjadi tidak terurus?
No comments:
Post a Comment