Bawak bertenang Brahim oooi! |
Ibrahim Ali sekali lagi mencampak idea kreatifnya dalam perjuangan mempertahankan bangsa Melayu di negara kita. Kalau dulu Hang Tuah mengharapkan keris Taming sari untuk menewaskan hang Jebat, kini Ibrahim Ali menegaskan bangsa Melayu memerlukan ISA untuk menewaskan kaum lain seperti Cina, India, Mat Saleh Celup, dan lain-lain seumpama dengannya.
Orang melayu memerlukan ISA untuk menangkap dan menghumban sesiapa saja yang cuba mempersoalkan Ketuanan melayu serta hak istimewa orang melayu. Bagi Ibrahim Ali nampaknya mahkamah di negara kita tidak berguna untuk mendaulatkan apa yang diinspirasikan oleh perlembagaan. Mungkin dia rasa hakim-hakim yang ada tak tahu perlembagaan yang termaktub di dalamnya keistimewaan dan peranan serta kuasa Raja-Raja dalam hal ehwal Islam serta Melayu.
Tidak ada sesiapa menafikan keistimewaan Melayu serta Raja-Raja dalam negara kita sebenarnya dan jika adapun mereka tak layak mengaku menjadi warganegara Malaysia. Semua orang perlu menerima hakikat bahawa itulah yang ada dan telah dipersetujui sejak negara kita merdeka dan untuk menukarkannya perlu melalui perkenan Majlis Raja-Raja melayu yang mempunyai kuasa penuh terhadap segala isu menyentuh hak-hak keistimewaan orang melayu dan juga Islam.
Jadi kenapa nak pakai ISA untuk menghumban sesiapa saja tanpa pengadilan dan pembuktian semata-mata ada orang menuduh dia mahu mencabar hak orang-orang Melayu, sedangkan ia boleh bawak bicara. Melainkan ada orang yang sedang berbisik di telinga Ibrahim Ali bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu dan sesiapa yang hendak menjatuhkan Umno bermakna mahu menjatuhkan Melayu. Jesteru itu siapa saja musuh Umno perlulah dihumban dalam penjara dengan menggunakan ISA!
Baca laungan Ibrahim Ali di sini.
Ibrahim Ali adalah seorang pilitikus melayu yang bengkrap, bengap dan lembab didalam ruang lingkup kejujuran hidup tetapi sangat licik dalam tipu daya politik kotor bak longkang yang mengalir air najis....
ReplyDeleteseorang politikus yg bijak mengambil kesempatan dan pandai menyalak terhadap bukit, tetapi beliau akan menikus berpanjangan apabila kesalahan jelas keatas dirinya sekaligus menggambarkan topeng munafik yang tebal menampang muka beliau... raja katak yg tidak sedarkan diri sambil mengeluarkan hujah dan fakta karut marut mau disamakan taming sari dengan ISA, nampak sgt otak IA ini sudah dimamah anai2...