Fatwa Terbaru - Kaum Wanita Dilarang Pegang Timun Atau Pisang

Wednesday, 7 December 2011

Ini satu fatwa yang amat mengejutkan yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang ulama yang tinggal di Eropah. Dia menasihatkan agar kaum wanita menjauhi daripada menyentuh semua buah-buah yang menyerupai alat genital lelaki seperti pisang, timun, lobak dan lain-lain seumpama dengannya.

Ini bagi mengelakkan imaginasi terhadap seks apabila menyentuh sesuatu yang menyerupai genital kaum lelaki. Beliau juga menasihatkan agar para suami membantu kaum wanita yang gemarkan makan pisang atau timun untuk memotongnya terlebih dahulu dalam potongan yang kecil di tempat tersorok sebelum memberikannya kepada para isteri.


Ketika ditanya bagaimana dengan para wanita yang terpaksa keluar membeli belah dan perlu membeli semua barangan tersebut dan terpaksa menyentuhnya. Jawabnya itu adalah terpulang antara wanita tersebut dengan Tuhan.

Kenyataan tersebut amat megejutkan orang ramai yang membaca fatwanya itu dan ramai yang memberikan komen negatif terhadapnya.

Amat menghairankan bagaimana fatwa atau pendapat seperti itu boleh terlintas keluar. Apakah kaum wanita yang memegang buah-buahan seperti itu sentiasa mengaitkannya dengan genital lelaki?. Berdasarkan kajian terhadap kaum wanita, seks bukanlah perkara utama yang sering difikirkan oleh kaum wanita berbanding lelaki.

Itupun ada kajian terbaru yang menyatakan bahawa makan merupakan antara perkara paling banyak difikirkan oleh kaum lelaki di dunia dan seks adalah perkara yang kedua. Saya sangsi dengan fatwa tersebut samada ia dikeluarkan oleh seseorang yang berautoriti. Apapun ia amat melucukan...

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License