Minta Mat Sabu Jumpa Saya - Prof Khoo Kay Kim

Friday, 2 September 2011


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan pemimpin Pas itu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.
Beliau juga meminta Mohamad atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

“Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.


Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian.

“Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya.
Share on :

2 comments:

  1. prof,

    siapa 'cipta' komunis di tanah melayu? ia dicpta untuk mengecop penentang british sebagai komunis. komunis tidak ada agama, mudah aekali diterima oleh orang2 melayu yang beragama islam. untuk membolehkan penentang british ini diburu berterusan, 'komunis'lah yang paling sfdal digulakan kepada orang2 melayu. dan 'komunis' dari kalangan orang2 melayu memiliki latar belakang agama. british berjaya membunuh 'two birds with one stone'.

    tindakan british ini diteruskan oleh anak didiknya yang dilatih dengan ilmu menentang 'komunis'. 'komunis' diburu sehingga memaksa mereka memilih menjadi dan hidup sebagai 'komunis'. hasil mahsul tanah melayu merupakan khazanah kepada british...

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. memang x bersetuju dengan ideologi komunis, dan tidak juga setuju dengan penjajah British.

    Kita bermain-main dgn sejarah politik. Masalahnya ialah rakyat nk lihat perubahan kerajaan sekarang. Bukan isu lapuk komunis. Lihat saja apa yang berlaku di dewan rakyat parlimen. YB kita tau cakap saja, kerja x pernah selesai. Rakyat juga susah.

    Minta Prof bg pandangan, mengapa sistem demokrasi dari segi sejarahnya adalah hanya mimpi utopia ? Cuba semak sejarah demokrasi di negarakota Greek tempat asalnya demokrasi ini. Penuh dengan corruption. Dan sejarah berulang di negara kita.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License