- 74.8% tidak berminat dengan politik
- 66.3% tidak mendaftar mengundi.
- 73.7% percaya rakyat ada kuasa tentukan kerajaan yang mereka pilih.
- 50.6% bosan dengan politk.
- 71.4% yakin demokrasi yang baik memerlukan pembangkang.
- 86.1% yakin pemimpin yang hebat mampu menstabilkan negara
- 81.9% suka dengan subjek sivik
- Majoriti mendapat maklumat politik daripada TV, Radio & Akhbar, maklumat dari keluarga terlalu sedikit.
- 83% risau dengan sikap radikal parti politik Islam.
- 82.5% risau dengan tiadanya jaminan kebebasan beragama.
- 43.3% percaya pengebom berani mati diperlukan untuk pertahankan Islam
- 90% rasa puas dengan hidup mereka
- Majotiti bercita-cita menjadi usahawan manakala paling sedikit (0.2%) berminat menjadi ahli politik.
- 72.9% yakin ekonomi akan kembali pulih dalam masa terdekat.
- 98.3 peratus tidak bersetuju orang Islam dibenarkan menukar agama.
- 88.2% dari keluarga mereka mengamalkan menmabil berat tentang agama.
- 45.7% bersolat 5 waktu hanya sekali sekala dan 3.5% lansung tidak pernah.
- 73.3% sekali kala baca Quran dan 8.6% tidak lansung.
- 78.4% ada faham juga makna ayat Quran dan 9% tidak lansung.
- 74.2% belajar Islam dari ustaz/guru dan Ibubapa.
- 64.2% sentiasa puasa ramadan, selebihnya kadang-kadang dan ada yang tidak lansung
- 70% yakin pakai tudung itu wajib
- 71.6% yakin perlembagaan negara perlu ditukar dengan Al-Quran
- 71.5% percaya pencuri mesti dipotong tangan.
- 92.5% yakin pemabuk wajib dirotan.
- Berikut keutamaan bagi mereka bermula yang paling penting.
- Percaya kepada Tuhan
- Menjadi muslim yang baik
- Punyai teman yang boleh dipercayai
- Mempunyai rakan
- Berkahwin dan punyai anak
- Memegang teguh kepada adat dan budaya.
- Mempunyai reputasi yang baik dalam karrier
- Mengecapi kehidupan ke tahap maksimum
- Menerima kewujudan kaum sarta agama golongan minoriti
- Menjadi kaya
- 96% menolak minum arak dan 98.4% menolak dadah.
- Hampir kesemua menolak seks bebas, filem lucah dan seks sejenis.
- 72.7% rasa poligami tak ok.
- Hanya 9.6% dari remaja perempuan tak kisah pakai bikini kat luar.
- Hanya 8.7% dari lelaki tak kisah isterinya pakai bikini kat luar.
- 79.9% anggap mereka muslim terlebih dahulu baru diikuti dengan warganegara dan bangsa, 14.6% anggap mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan hanya 5.5% anggap mereka Melayu terlebih dahulu (atau bangsa lain).
- Aktiviti paling utama mereka sepanjang minggu adalah menonton TV (75%)
- 15.6% tak pernah guna internet
- Perkara paling meyebabkan tekanan pada mereka adalah apabila tak ada duit dan majotiti akan mengadu pada kawan
Lihat laporan terperinci bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research terhadap respondent anak-anak muda Muslim berumur antara 15 ke 25 tahun di sini
Secara umumnya majoriti anak muda kita mahukan Islam dan selesa dengan keislaman mereka tetapi menolak sikap radikal parti Islam. Mereka lebih mengutamakan Islam terlebih dahulu daripada bangsa dan negara.
Lihat juga kerisauan pemerhati luar terhadap perkembangan ini kat sini.
No comments:
Post a Comment