Antara melayu awal yang angkat senjata lawan British |
Dalam sidang media menjawab fitnah tohmahan media arus perdana terhadap kenyataannya hari ini Mat Sabu meletakkan punca kenapa rakyat semakin dingin menyambut hari merdeka kepada sikap kerajaan yang hanya mengangkat Umno sahaja sebagai kumpulan yang bertanggung jawab memperjuangkan kemerdekaan negara.
Terdapat ramai lagi kumpulan serta individu yang berusaha keras dan benar-benar berjuang melawan penjajah British pada masa sebelum merdeka. Sebagai contohnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya terlebih dahulu ditubuhkan awal setahun daripada tertubuhnya UMNO.
PKMM merupakan satu-satunya parti Melayu yang pertama ditubuhkan dengan matlamat utama mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya daripada British. Malangnya para pemimpin UMNO pada ketika itu memerli PKMM dan memandang rendah usaha parti tersebut dengan mengherdik keupayaan mereka berjuang sedangkan untuk membuat sebilah jarum pun tak mampu.
Nama-nama seperti Samsiah Fakeh mendapat label yang buruk sedangkan mereka adalah antara rakyat yang awal bersungguh-sungguh mahu megeluarkan negara daripada belenggu penjajah.
Bagi Mat Sabu penyelewengan Umno yang merampas glamour sebagai hero merdeka daripada semua orang lain yang turut sama berusaha telah mula disedari oleh rakyat. Ini ditambah lagi dengan suasana sambutan merdeka lebih menjadi suatu acara memperingati Umno menuntut kemerdekaan daripada British. Merdeka akhirnya hanya menjadi sambutan hari bersejarah untuk Umno sahaja dan hanya Umno tiada lain melainkan Umno.
Dalam 10 buah kenderaan yang melintas di jalanraya hanya 1 yang memasang bendera. Itupun mungkin lori tanah yang memasangnya demi mendapat simpati dari pihak berkuasa agar jangan mengganggu mereka.
Dengar ulasan Mat Sabu di sini sekali lagi.
Berikut antara pembohongan-pembohogan yang boleh disenaraikan:
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation.BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan sloganMERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
PENIPUAN KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
PENIPUAN KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
PENIPUAN KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.
PENIPUAN KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.
PENIPUAN KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

Hallo brader mat sabu....gua tak letak bendera kat keta bukan bermakna gua tak sokong hari merdeka....masalah bendera yg dilekat dikereta selalu tercabut kena angin kuat...gua tetap sokong dato najib razak....biarpun gua tak letak bendera msia kat keta....dihati tetap ada....Ramai kenkawan gua pun berpendirian yg sama....so jgn ukur sokongan rakyat pd bendera d kenderaan la brader...tak class lah cara analisa timbalan presiden pas ni...itu cara kampong daaaaa
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteTAK CUKUP 24 JAM MAT SABU YER...
TU LAH. CAKAP TAK BERFIKIR. GHAIRAH SANGAT KENA LAMBUNG KENA PUJI.
JANGAN TAKBUR LAIN KALI. ALLAH TAK SUKA. INI BILA BERCERAMAH, MACAM DIALAH 'HERO'. ORANG LAIN SEMUA KOMAN.
INSAFLAH. KEMBALILAH KE JALAN YANG BENAR.
Ulasan dua ekor lembu di atas lagi x dak classss
ReplyDeleteMacamana kita nak sambut MERDEKA yang dipelopori puak rasuah, pemohong, .... Biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya sebab nak mati lemas tu, Si Luncai. Kita jangan terjun sama. Biar kebodohan tu ada pada si Luncai tapi buka kite ....... heheheh...
ReplyDelete