Media Tolong Beri Ruang Pada Mat Sabu Jelaskan Isu Bukit Kepong - Anwar Ibrahim

Friday, 2 September 2011

Ketua Pembangkang hari ini menggesa agar media memberikan ruang kepada Mat Sabu, orang nombor 2 Pas untuk menjelaskan isu kontroversi berkenaan Peristiwa Serangan Berdarah Bukit Kepong. Beliau memberikan komen tersebut ketika ditanya wartawan dalam majlis rumah terbuka sempena Aidil Fitri di Kubang Semang bersama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman hari ini.

Ketika ditanya apa komennya mengenai sambutan hari raya yang dianjurkan kerajaan persekutuan diadakan di Permatang Pauh, dia mengalu-alukan anjuran tersebut dan meminta semua rakyat turut sama  menghadirinya. Dia sendiri belum pasti akan hadir kerana setakat ini masih tidak ada lagi jemputan rasmi kepadanya untuk menghadiri majlis tersebut.


Elok sangat jika media arus perdana memberikan ruang kepada Mat Sabu untuk menjelaskan isu yang diketengahkannya tentang peristiwa Bulit Kepong tempoh hari, barulah saksama dan adil terhadap Mat Sabu. Biarlah rakyat menentukan kedudukan sebenar perkara itu.

Tapi adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk media arus perdana berbuat begitu kerana pembangkang memang tidak ada tempat lansung dalam media arus perdana kecuali jika sesuatu isu itu memberikan keuntungan kepada kerajaan pemerintah.

Dalam kes ini media akan menggoreng sehingga masak Mat Sabu dan seterusnya mengaitkan isu itu dengan Pas agar rakyat terutamanya orang Melayu menolak Pas.

Cuba lihat bagaimana media hari ini membuat laporan tentang penolakan Karpal dari DAP terhadap isu tersebut di TV. Bagi media ia dapat menunjukkan kepada rakyat betapa parti-parti dalam pakatan pembangkang tidak sebulu dalam pakatan mereka dan adalah sesuatu yang sukar dikendalaikan jika pakatan memerintah negara dalam suasana hubungan mereka yang tidak seirama.

Karpal menyeru dengan tegas agar Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa trajedi Bukit Kepong. Tiadak gunanya Mat Sabu mempertahankan kenyataannya kerana ia lansung tidak memberikan sebarang manafaat terhadap Pakatan Rakyat.

Mungkin Mat sabu perlu memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia lansung tidak ada niat hendak menghina mereka yang terbunuh dalam mempertahankan 'Rumah Pasong' atau balai polis di Bukit Kepong pada tahun 1950 dahulu.

Nayatakan bahawa dia hanya mahu menyampaikan mesej bahawa mereka yang menentang British sebelum merdeka perlu juga mendapat penghargaan sebagai pejuang kemerdekaan. Itu bukan lah sesuatu yang susah dan menjatuhkan martabatnya, lagipun mesejnya memang sudah sampai cuma dipanaskankan demi kepentingan politik.

Bagi DAP pula, ia merupakan satu kesempatan yang amat baik bagi menonjolkan diri mereka sebagai sebuah parti yang tidak ekstrim sekali gus menolak label yang diberikan pada mereka selama ini sebagai sebuah parti yang ektremis. Dalam keadaan sekarang ini DAP akan dilihat sebuah parti yang terbuka dan bersedia untuk menerima semua bangsa menyokong mereka.

Nampaknya DAP berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadikan parti mereka sebagai parti berbagai bangsa bermula dengan usaha menggalakkan orang Melayu menyertai DAP dan juga mengadakan portal berita dalam bahasa melayu bagi menyampaikan maklumat tentang mereka kepada orang Melayu.

Ternyata Utusan amat bijak mencucuk jarum mereka menembusi pakatan rakyat hanya dengan satu isu sahaja. Jika usaha ini berterusan dan pakatan rakyat tidak duduk semeja untuk menghadapinya bersama secara kolektif, pakatan rakyat bakal menghadapi masalah dalam PRU-13 yang makin hampir.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License