Polis Bkt Kepong sebelum diserang |
Mat Sabu dikecam teruk oleh banyak pihak terutamanya pro-kerajaan apabila mengatakan dalam peristiwa Bukit Kepong, komunis yang menyerang dan membunuh seramai 25 anggota polis termasuk keluarga mereka adalah hero negara yang sebenarnya. Tengok sini.
Memang susah jugak nak nak ambil sikap dalam isu ini. Mat Sabu kata pada masa kejadian semua polis yang bertugas di situ merupakan kakitangan kerajaan penjajah British manakala geng komunis yang pergi serang mereka mahu menuntut hak memerintah diberikan secara mutlak kepada rakyat Malaysia. Nampak macam logik juga kalau Mat Sabu kata komunis tu hero rakyat.
Nak kasi jelas isu ni mari kita tengok kronologi peristiwa masa tu:
- Pada tahun 14 Ogos 1941, British tandatangani Piagam Atlantik yang mengistyiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara mereka sendiri. Maknanya British telah terikat untuk terpaksa memerdekakan tanah jajahannya sebaik sahaja menandatangani piagam tersebut.
- Berikutan daripada perkara di atas, British usahakankan penubuhan Malayan Union antara tahun 1946 hingga 1948. Ini mengakibatkan terlucutnya hak raja-raja melayu di negeri masing-masing yang mana rakyat berpendapat ia merupakan satu usaha British untuk memanjangkan penjajahan mereka kerana Malayan Union menarik kuasa memerintah Raja-Raja Melayu untuk memerintah di negeri mereka masing-masing.
- Rakyat bangun bersatu dan memberontak sehingga gagalnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Untuk mengekalkan kepentingan dan penguasaan ekonomi British, Pulau Pinang, Melaka dan juga Singapura dikekal sebagai tanah jajahan mereka.
- Peristiwa Bukit Kepong terjadi pada 23 Februari 1950. Jadi pada masa itu Malayan Union telah dibatalkan untuk digantikan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang mana hasil daripada Melayu dan juga Raja-Raja termasuklah segolongan pegawai British ketika itu membantah usaha British yang masih mahu menjajah lebih lama.
- Logiknya kerajaan pada masa tersebut adalah kerajaan British yang dalam proses transisi sebelum melepaskan Tanah Melayu menjadi negara Merdeka, cuma ambil masa sedikit sebelum ia benar-benar merdeka. Jadi kalau serang para pegawai British masa itu bermakna menyerang mereka yang sedang dalam proses membentuk satu negara yang merdeka. Sekurang-kurangnya itulah pegangan orang melayu yang menjadi anggota keselamatan pada masa itu. Tak bolehlah di salahkan mereka sebagai tali barut British.
Kesimpulannya Komunis pergi serang Balai Bukit Kepong tu sebab tak sabar nak merdeka masa itu juga dan tidak mahu memerdekan tanah melayu dengan cara aman, sedangkan kemerdekaan sedang dalam proses. Walaupun ada unsur-unsur kerajaan yang bakal naik nanti adalah kerajaan boneka British, sekurang-kurangnya ia memberikan peluang untuk rakyat samada cepat atau lambat menukarkannya mengikut acuan yang mereka mahu. Jadi ringkasnya Mat Sabu salah!.
Kalau dilihat pula sampai sekarang Umno/BN masih memerintah nampaknya memang kerajaan yang ambil alih dari British dulu masih tak dapat diubah. Sebab itulah sekarang ini Mat Sabu pulak yang tak sabar.
Baca sambutan mengenang Peristiwa Bkt Kepong kat sini
Ya lah wak, saya tak rela nak bagi negara saya pada org melayu berfikiran mcam ni.... (kalau nak memenangi org cina pun, x kan membodohkan diri macam ni? Heee gelinya aku....aku x kan pangkah lagi kau org...sayonara) kisah lama jadikan pengajaran
ReplyDeleteUMNO pecacai British...lau x, xkan British nak lepaskan tanah jajahan...
ReplyDeletelepas ape yg British kaut hasil bumi Tanah Melayu, British perlukan balaci ngan tali barut...
get your facts right first...UMNO hanya lah pecacai ngan tali barut British...
UMNO harus ditendang keluar dari bumi Malaysia..baru btol2 merdeka..
Anon 8.24,
ReplyDeleteelok semak dulu sebelum buat keputusan kenapa bagi perpekstif Mat Sabu Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan...ada benarnya juga. Umno pulak nak tunggu merdeka melalui rundingan...dan merdeka jugapun...ikut acuan Britishlah. Kena tukar acuan British nih!!
Anon 1.53,
Elok sangatlah anda bersemangat betul untuk tendang keluar Umno dari bumi Malaysia dan merasakan dengan itu barulah Malaysia merdeka...tendanglah, asalkan anda benar-benar memerdekan diri anda dari makhluk dan menjadi hamba-abdi pada Tuhan yang satu, anda pasti berjaya.
selamat ko post kan tulisan tukar tiub..
ReplyDeleteko de pandangan, dia de pandangan... jgn la sedap jer nk buat konklusi sendiri ckp org ni salah org tu betul....
biar pembaca membuat konklusi sendiri..
ko hanya perlu menulis utk membuatkan pembaca berfikir
mmg x sabar la nak lihat kezaliman tu jatuh...
aku suka kalau malaysia ini hancur supaya anak2 aku tidak perlu ketahui ini semua lagi...melayu sudah gila kuasa dan tamakkan harta...syabas!
ReplyDeleteBigdaddyz,
ReplyDeleteItu kata-kata orang yang berputus asa...Malaysia dan juga dunia keseluruhannya pasti akan hancur, tak payah nak doakannya...dan kita akan ditanya apa kita buat ketika didunia...adakah kita menjadi mereka yang tak tahan dek ujian lalu berputus asa atau mereka yang tetap berjuang mencari kebenaran....
saya sangat bersetuju dengan tulisan tuan rumah kali ini..bekerja dengan british x bermaksud kita menjadi tali barut british..
ReplyDeletekalo begitu, bagaimana pula dengan orang yang bekerja dengan kerajaan sekarang yang kononnya kejam, zalim n kafir..adakah mereka juga dituduh bersekongkol..adakah guru2, polis, askar dan mereka yg bekerja dengan agensi kerajaan tu boleh dilabel sebagai kafir
jika diimbau kembali, anggota polis yg bertugas di bukit kepong dulu hanya mahu mempertahankan negara tercinta shj dari ancaman pengganas khususnya komunis..itu sj..bukan nak jadi tali barut..
yg jadi tali barut adalah mat sabu shj..tali barut DAP..