Bertaqwalah Mat Sabu, Seru Muhyiddin Yassin

Wednesday, 31 August 2011

Timbalan Perdana Menteri hari ini menyeru agar Mat Sabu bertaqwa dan kembali kepada anjuran Islam sebenar iaitu sentiasa bercakap benar dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Kalau terlanjur kata mengaku sajalah dan segera bertaubat kehadrat Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jangan diputar belitkan sehingga berbelit-belit tak dapat dirungkaikan.

Muhyiddin juga berbelah bagi samada hendak melabelkan sikap Mat Sabu tersebut adalah sikap peribadinya atau sikap parti di mana ia menjadi orang nombor dua. Secara logiknya sudah tentu apa sahaja yang diucapkan oleh Mat Sabu mewakili parti yang dipimpinnya.

Tersebak membaca ulasan TPM di atas. Rasa terharu kerana semua yang dikatakannya itu benar belaka dan perlu kita sungguh-sungguh amalkan. Bukan kepada Mat Sabu sahaja malah kepada PM, TPM dan semua para jemaah menteri dan semua rakyat muslim di Malaysia.

Kebiasannya apabila Muhyiddin bercakap berlapik sebegitu dalam menghentam pemimpin pembangkang menunjukkan isu yang sedang hangat itu banyak memihak kepada Umno/BN. Samada benar atau tidak benar apa yang Mat Sabu ucapkan, yang pastinya ia banyak memberikan kesan yang buruk terhadap parti Pas yang dipimpin Mat Sabu sebagai orang no 2 itu terutamanya daripada orang Melayu. Syabas Mat Sabu


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License