Ada penulisan dari blog-blog pro Umno yang melobi menakut-nakutkan orang agar Husam dan golongan seumpama dengannya tidak memegang teraju kepimpinan eksekutif Pas. Mereka tuduh kononnya golongan inilah yang telah menyesatkan hala tuju parti Pas.
Mereka menuduh orang seperti Husam merupakan penjilat serta pengampu Anwar Ibrahim. mereka juga menuduh golongan tersebut menjadi pak turut dan tali barut kepada DAP.
Mereka war-warkan bahawa jika Husam dan mereka yang seumpama dengannya naik maka akan lebih kuat lagilah Pas menjadi balaci Anwar Ibrahim dan tali barut kepada DAP. Akan lebih sesatlah lagi hala tuju parti Pas.
Tetapi sebenarnya, mereka khuatirkan jika Husam naik atau orang lain yang seumpama dengannya naik, maka Pas akan menjadi sebuah parti yang lebih kuat dan mantap. Yang menentukan sesat atau tidak sesat jalan pilihan Pas adalah dibawah kuasa majlis syura, bukannya dibawah kuasa pimpinan eksekutif.
Dengan Pas diteraju oleh pimpinan eksekutif sebegitu, Pas mampu menjadi penaung kepada semua bangsa. Melayu Pas akan lebih maju ke hadapan menjadi umat yang berjaya dunia dan juga akhirat. Andaian orang Pas lebih tumpukan hal ehwal akhirat dan meninggalkan dunia adalah karut dan perlu disingkirkan.
Jika segolongan minoriti yang membuat pilihan sebegitu masih boleh lagi diterima. Tapi jika majoriti orang Pas berfahaman sebegitu alamat suramlah tugas pengimarahan muka bumi ini. Muka bumi ini perlu ditadbir dengan baik.
Pentadbiran yang baik memerlukan perancangan yang terperinci dan keazaman yang tinggi. Kemahiran dan ilmu pengurusan serta pengetahuan hal ehwal keduniaan perlu mantap untuk memikul amanah pentadbiran yang berwibawa. Lengkap semua itu barulah kita layak bertawakkal.
Contoh-contoh dalam riwayat sahabat yang amat menitikkan amalan sunah seperti amalan bersugi dan sebagainya untuk melahirkan umat atau kumpulan yang kuat perlu diterjemahkan kepada kehalusan perancangan serta amalan "continuous improvement" bagi setiap individu serta masyarakat dalam konteks zaman moden ini.
Kita dambakan Pas yang lebih mampu menjadi peneraju kepada pakatan pembangkang, bukan menjadi "kok yu" sebagai pencukup korum. Barulah Pas berupaya menggantikan Umno sebagai parti teras pemerintah negara. Itulah sebenarnya yang dikhuatiri oleh segelintir orang Umno yang bimbangkan kuasa serta harta mereka tergugat.
Perlu diingat bahawa objektif Pas sebagai sebuah Parti politik di negara ini adalah untuk menjadi parti terkuat dan paling berwibawa di Malaysia, barulah kita lunas menunaikan tanjungjawab kepada masyarakat. Perlu diakui sekarang ini, Pas masih belum mencapai tahap itu sedangkan potensi untuk berubah ke arah itu amat cerah dan baik sekali.
Dengan siapa Pas mahu bekerjasama tidak penting jika Pas itu sendiri amat kukuh. Biarlah parti lain terpaksa berkawan dengan Pas, bukannya Pas yang terpaksa bekerjasama dengan parti lain.
Walau bagaimanapun Husam hari ini mengumumkan yang beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Presiden dan menyatakan sokongan serta taat setianya pada presiden Pas sekarang Tuan Guru Abdul hadi Awang.
Husam juga menggesa agar semua kawasan berhenti dari mencalonkannya sebagai presiden. Tapi tidak menolak untuk bertanding jawatan lain jika ada pencalonan.
Dengan pengumuman ini nampaknya secara rasminya tidak akan ada perebutan jawatan presiden pada muktamar bulan jun akan datang.
Saya yakin dan pegang bahawa kata-kata orang politik Pas adalah kata-kata yang konsisten dan bukannya kata-kata dusta.
Mungkin Husam sudah serik dan belajar daripada peristiwa pemilihan yang lalu yang mana ramai menempelaknya apabila memberikan komen yang Pas tempang dan hilang arah dan perlu diperbetulkan.
Apa yang perlu Pas lakukan sekarang adalah memikirkan seorang yang paling sesuai menjadi pembantu kepada presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi. Seorang yang bekerja keras bagi memartabatkan parti Pas ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang amat diperlukan.
Ramai penganalisis politik yang berpendapat PRU-13 bakal melihat prestasi Pas bakal merudum. Orang Melayu sudah banyak yang berpaling arah menyokong Umno.
Antara sebab yang paling popular adalah kerana Pas dilihat menjadi pak turut kepada pakatan pembangkang dan tidak menjadi parti yang dominan.
Jika sentimen atau persepsi ini berterusan telahan para penganalis politik nampaknya bakal menjadi kenyataan. Berkemungkinan ini juga menjadi salah satu sebab mengapa Husam tidak berminat menjadi orang yang bakal dipersalahkan.
Ada kemungkinan mereka yang mahu melihat Pas berubah lebih suka menanti satu tsunami memukul parti tersebut yang mana akhirnya mahu tak mahu Pas terpaksa bermuhasabah dan berbuat sesuatu untuk melonjakkan kembali sokongan masyarakat kepada mereka.
Dengan ini saya secara rasminya menghentikan segala spekulasi menukar kepimpinan tertinggi Parti Pas. Wallahu'alam.
Baca laporan dari Bernama di sini
Laporan dari Harakahdaily kat sini.
Nota:
Ada beberapa siri dalam isu "PERLUKAH PAS TUKAR PRESIDEN?" yang saya tulis yang bermula dengan isu di bawah:
Husam Jadi Presiden - Apa Kata Orang Pas?

Perbahasan menarik ! Ikuti perbahasannya dan luahkan pandangan anda ! Klik kat bawah ni:
Husam Jadi Presiden - Apa Kata Orang Pas?
Walau bagaimanapun jawapannya sudah jelas sekarang: HUSAM TAK INGIN BERTANDING.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBAHAS YANG SUDI MELUANGKAN MASA MELONTARKAN PANDANGAN MASING-MASING.
MOGA NIAT BAIK SEMUA ADA MANAFAATNYA. AMIN!!!
Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN)
ReplyDelete"Hanya BN yg boleh memerintah Malaysia. Baik buruk BN, hanya BN yg boleh jadi kerajaan"
"Kalau PAS perintah, aku makan ubi kayu je le.."
Ni antara kata2 yg keluar dr mulut Melayu Felda di DUN Tenang. Gua tak tau plak kalau IQ Azman Shapawi setaraf IQ Melayu Felda. Kalau betul, gua sebagai perwakilan Pemuda malu sgt, walaupun gua tak pangkah lu pun masa muktamar 2009.
"Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti"
Azman, tunjukkan kajian yg menunjukkan golongan muda sokong PAS sebab Presiden.. silakan!
"PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat"
Realistik la ostad. Majority diorang sokong PAS / PR sebab bencikan BN. Bencikan BN sebab 1 juzuk. Sedangkan BN masih memerintah dan memiliki kelebihan 10 juzuk yg PAS / PR takde. Kalau BN reform 1 juzuk tu, diorang swing bai.. Tu la masalah segelintir pemimpin PAS, tak reti berfikir dan tolak idea yg realistik utk kepentingan parti.
"Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS"
Lu buat culaan, berapa kerat non Muslim yg berjinak dgn PAS sebab kehebatan cara pimpinan Hadi? Gua pun nak tengok kajian lu gak.
"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti"
Betul ke lu mewakili DPPP? Betul ke sekor2 Exco DPPP setuju dgn lu? Gua kenal diorang bai. Kalau Dollah Karim masih dlm Pemuda, silap2 lu kena balik, hehe.
-tibe2 rase nk trmuntah bile bace artikel ni..uuwweeeekkk!!!..trmuntah jgak akhirnye..
-agak2 la si azman woi kalo nk membodek skalipun..gile2 kipas punye ayat ko ni..
Sokong bawak rebah.
TGHH seorg x mampu buatkan diri sendiri. Think thanknya(termasuk menantu) yang menaikkan imejnya.
Politik adalah persepsi. Jika persepsi org awam tehadap TGHH adalah negatif, banyakkah undi yg akan pergi ke PAS?
Iye ke? Gua sokong PAS sebab Nik Aziz, Nizar, Husam Musa, Mat Sabu, Khalid Samad. Gua akan jadi ahli PAS sebaik saja Hj Hadi turun dari kerusi presiden.