Husam telah dicalon untuk bertanding ke jawatan presiden Pas manakala Mat sabu pula telah di calonkan untuk kerusi timbalan presiden.
Saya dengar ada keluhan dari para ustaz yang risaukan fenomena golongan bukan ustaz dicalonkan untuk merebut 2 jawatan eksekutif tertinggi tersebut. Mereka risau kalau-kalau mereka menang.
Ada perbualan yang saya dengar yang berharap agar jawatan presiden tidak dipertandingkan. kalau nak rebut juga cukuplah sekadar tukar jawatan timbalan. Alasannya adalah, presiden mestilah seorang ulama.
Apabila ditanya kenapa presiden tidak boleh bukan ulama, ada 2 alasan:
- Untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulama dalam Pas.
- Jika presiden adalah ulama, dia akan dapat menjadi pusat rujukan.
Ada yang menyanggah alasan tersebut kerana ia lansung tidak betul. Ia hanya kerisauan emosi atau sentimen. Tugas mengekalkan kepimpinan ulama adalah tugas para ahli majlis syura, manakala pusat rujukan kepada masalah juga adalah majlis syura.
Jika itu yang mereka risaukan bermakna majlis syura tidak berfungsi selama ini, sebab itu segala beban polisi, serta arah tuju serta fatwa dan sebagainmya jatuh ke pundak presiden sampai dia tak keruan.
Ada keperluan untuk memperkasakan majlis syura agar ia menjadi dan dilihat menjadi satu majlis kuasa tertinggi dalam parti. Biarlah mereka melihat segala urusan parti secara makro.
Tinggalkan kerja memacu Pas sebagai parti politik kepada presiden dan timbalan presiden. Majlis Syura menjadi pemantau kepada keberkesanan perlaksanaan polisi parti yang dijalankan oleh mereka berdua.
Jika ini dapat dilakukan nescaya Pas akan meningkat setapak lagi sebagai sebuah Parti politik yang kuat, disokong ramai samada daripada ahli Pas atau penyokong yang bukan ahli.
Yang lebih hebat lagi adalah ia meletakkan golongan ulama sebagai pemantau, penasihat, pembuat polisi dan mereka berada pada kedudukan teratas. mereka sentiasa mencerna maklumat yang disalurkan oleh para eksekutif parti dalam membuat pertimbangan keberkesanan strategi.
aku sokong 110% kalu husam jadi presiden dan Mat Sabu timbalannya.....
ReplyDeletebaru ada kelainan sikit......
apa salah kalau depa dua tu???...
depa pun bukan calang-calang punya tokoh......
kalau ada masalah pasai agama rujuk laa dgn yg ariff dlm Pas tu.......ramai dok ada...
maaf cakap.....
la ni pun 'sengat' presiden dah nampak mcm tumpoi saja....tak mcm almarhum Us. Fadil Nor dulu tu.....
masa tu Pas nampak cukup meriah...
tapi bila mai depa...nak padu-padu pulak....
depa tak nampak kaa yg umporno tu terlalu kamjat???.......
elok laa bagi try kat husam dng mat sabu sepenggal.......kalu nampak ceroi.......pilih laa orang lain pulak........
kan ke begitu yg lebih afdhal???...........
Kita suruh depa buka kitab arab ka atau kitab jawi atau kitab rumi sekalipun dan curahkan ilmu kepada masyarakat supaya masyarakat faham agama dan sokong pas.lagi baik kalau depa dapat peluang bercakap di persidangan gerakan Islam antarabangsa. Biar depa bercakap bahasa alQuran(ARAB) dengan petah sesuai dengan perjuangan Islam yang selalu dilaungkan. amacam. baru kita jadi macam ikhwan yang mana mereka ini jurutera, doktor dan sebagainya tetapi dalam kepala hafal al-Quran, khatam kitab matan arb'iin daan lain-lain dimana ustaz di Malaysia pun belum tentu boleh. Mungkin boleh bawa pas baru kot...kesian kat alMarhum Ust. Fazil dan pimpinan sebelumnya yang membawa Pas lama. Harap-harap tidak begitu keadaannya.
ReplyDeletewarta subhi ..
ReplyDeletemungkin perlu dibuat satu laman web khas untuk mempromosikan HUSAM MUSA sebagai presiden
calon regu HUSAM perlu ditentukan segera sama ada
1. MOHD SABU
2. TUAN IBRAHIM TUAN MAN
3. DR. MUJAHID YUSUF RAWA
4. IR. NIZAR JAMALUDDIN