Macamana Nak Membangun Tanpa Infra - Janji Palsu, Tolak Penipu!, Tolak Penipu!
Belanda bukanlah sebuah negara yang besar dari segi keluasannya. Luasnya hanya 5,488 km persegi, 60 kali ganda lebih kecil dari negara kita. Walaupun begitu hampir semua barangan di Eropah akan turun dahulu ke negaranya, kemudian barulah diedarkan ke seluruh Eropah melalui jalan darat.
Dengan kecekapan pengurusan dan juga penyediaan infra yang lengkap dan hebat ternyata Belanda amat maju mengatasi banyak negara Eropah lain. Pembangunan infra amat penting dan merupakan pra-syarat untuk membangunkan sesebuah kawasan.
Tengok laporan di bawah ni apa yang berlaku di Sarawak. Janji untuk membangunkan Sarawak ternyata janji-janji kosong. Kenapa biarkan orang pakai feri zaman 70 lagi di sana?, nak membangun konon?.
Kalau setakat nak buat jambatan 10 buah tu, pakai duit poket ketua menterinya sekarangpun tak akan luak harta kekayaannya. Tapi tak pernah dibuatnya...kenapa nak sokong lagi?
Rak yat DUN Muara Tuang, Kota Samarahan desak kerajaan BN bina jambatan di Tanjong Bundong.
Tajong Bundong, Kota Samarahan, Sarawak - Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjong Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya
Perkhidmatan Feri yang berbayar yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu tidak lagi relevan kerana pengguna jalanraya dengan kenderaan bermotor semakin bertambah, saban hari menjadikan jalan tersebut sebagai laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dengan kawasan pedalaman seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.
Malah jika air surut, feri tidak dapat beroperasi dan kenderaan seperti kereta, van, bas, lori akan terkandas beberapa jam.Pada waktu kecemasan, seperti laluan ambulan..ambulan terpaksa menunggu feri datang untuk ke seberang Sungai Sabang
Koordinat Muara Tuang dan Tanjong Bundong di dalam Google Map adalah di 1°28'7"N 110°29'45"E
dan di dalam Wikimapia pula adalah http://wikimapia.org/#lat=1. 4597684&lon=110.5028379&z=17& l=0&m=h
dan di dalam Wikimapia pula adalah http://wikimapia.org/#lat=1.
Rakyat DUN Muara Tuang
No comments:
Post a Comment