Muktamar Pas makin Hampir, 2 Darjat Timbul Semula !

Thursday, 14 April 2011

Pusaka ajaran penjajah 'pecah dan perintah rupanya
msih tebal dalam darah daging kita termasuk orang Pas.
Muktamar PAS pada bulan Jun akan datang adalah sesuatu yang ditunggu oleh ramai peminat politik tanah air. Kali ini akan di adakan pemilihan jawatan-jawatan yang mana jika ada pencalonan dan layak maka pertandingan akan berlaku.

Muktamar peringkat kawasan sedang giat dijalankan di seluruh negara dan paluan gendang dua darjat antara ulama dan erdogan tiba-tiba muncul kembali. Bermula dari peringkat bisikan kini sudah menjadi laungan.

Jika ada yang meletakkan golongan profesional menjadi YDP kawasan, maka kawasan tersebut akan dilabelkan sebagai menolak kepimpinan ulama.

Jika kawasan tersebut meletakkan YDP dari kalangan para ustaz / ulama, maka kawasan itu dilabelkan sebagai mempertahankan ulama dan kepimpinannya.


Semua yang ikhlas menyokong Pas tak kira samada golongan ulama atau golongan profesional tahu bahawa tak terlintas golongan ustaz mahu merendahkan para profesional dan begitu juga sebaliknya, tak terlintas para erdogan mahu merendahkan para ulama.

Malangnya isu ini masih juga menjadi bahan kempen sehingga golongan yang menang merendahkan golongan yang kalah. Tiada akhlak Islam dalam amalan sebegitu.

Sebagai contohnya cuba baca catitan kemenangan pendokong kepimpinan ulama dalam saf pemuda di Puchong baru-baru ini. Kemenangan disambut dengan ejekan yang bakal menjarakkan lagi jurang antara 2 darjat. Sepatutnya itu semua tak berlaku:


Muktamar Pemuda PAS Puchong : pro ulama mendominasi kepimpinan

Akhirnya kumpulan yang mendokong kepimpinan ulama terus utuh dalam saf kepimpinan pemuda pas puchong  dalam pemilihan saf kepimpinan dewan pemuda pas puchong yang berlangsung pagi tadi di pejabat dewan pemuda pas puchong dekat bandar putra permai.

Muktamar dewan pemuda pas puchong pagi tadi telah dirasmikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Pada sesi pemilihan kali ini, para muktamirin telah sebulat suara mengekalkan saf kepimpinan dewan pemuda dan menggantikan beberapa muka baru bagi mengisi kekosongan pimpinan pemuda yang telah melewati had umur pemuda.

Menurut sumber, muktamar pemuda pas puchong ini dilihat terlalu penting kerana mereka adalah benteng terakhir bagi menyelamat dan memperkukuhkan saf kepimpinan yang mendokong kepimpinan ulama.

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh para mutamirin dewan pemuda pas puchong hari ini membuatkan golongan pro erdogan tidak senang dengan apa yang berlaku sebelum ini walaupun mereka seakan berjawa menguasai dewan muslimat pas puchong.

 Telah kedengaran di puchong, puak erdogan ini telah melobi dengan kuat untuk memenangkan calon YDP dari kalangan mereka yang sebelum ini telah dikenali melarikan diri dari medan peperangan dan jihad disaat parti dan jemaah sangat memerlukan khidmat dan bantun orang yang dicalonkan oleh merka hari ini.

Kedengaran juga bahawa calon YDP yang mereka ketengahkan kini seorang yang lagaknya seperti profesional namun tidak punya istiqamah dalam perjuangan ini. Manakan tidak disaat getir menjelangnya hari pengundian dalam pilihanraya 2008 lalu calon YDP ini lari meninggalkan jemaah dan parti dengan meletakan jawatan yang disandangnya ketika itu ialah Timbalan YDP dan meletakan organisasi parti diperingkat kawasan hilang punca seketika dan terkontang kanting menghadapi musuh tradisi parti iaitu kekuatan jentera BN.

 Apakah munasabah orang ini diumum dan dicanangkan serta dikempen untuk menduduki jawatan YDP bagi sesi ini sedangkan sebelumnya dia telah KHIANAT kepada parti? juru kempen kepada orang ini juga dikatakan seorang yang kecewa dengan parti apabila pasti menolak permintaanya untuk menjadi AHLI MAJLIS lantas kini dia memukul canang memburukkan pimpinan pas kawasan hingga dikatakan sanggup turun ke cawangan-cawangan berkempen untuk calon yang pernah mengkhianati parti dalam PRU 2008 lalu dengan kempen memburukkan peribadi pimpinan pas kawasan ketika ini terutamanya serangan bertalu-talu ditujukan kepada YDP kawasan puchong yang kini berada di Mekah menunaikan Umrah.

 Apa yang menjadi kegelisahan kebanyakan ahli ialah mana mungkin orang yang khianat boleh mengisi jawatan tertinggi dalam organisasi pas kawasan dan menurut sumber kumpulan ini telah mula berkempen sejak beberapa bulan yang lalu untuk menaikan imej pengkhianat yang lari dari medan peperangan ini dan dikhabarkan juga dia sendiri telah berusaha mempromosikan dirinya sendiri melalui kelunakanya bersama pimpinan BN puchong  dan sering membelakangkan pimpinan pas kawasan.

Melihat kepada senario ini boleh dikatakan bahawa orang yang bersungguh-sungguh mahukan jawatan YDP kawasan puchong ini lebih membawa agenda peribadi dan bukan agenda memperkasa parti...ini boleh dilihat dalam beberapa situasi yang melibatkan dia secara peribadi dan kumpulanya. khalayak melihat sejak dia dilantik menjadi nazir sebuah masjid dia cuba menonjolkan dirinya adalah yang terbaik dan sentiasa mempromosikan diri sendiri melalu baner-baner dan apa jua iklan yang datangnya dari masjid dan membelakangkang kedudukan imam yang dilantik. bahkan lebih menyakitkan hati lagi menurut sumber beliau sangat lunak dengan pemimpin UMNO bahagian puchong dan sering mengundang dan memberikan ruang kepada pimpinan UMNO dari memberikan ruang kepada pimpina PAS kawasan dalam setiap majlis yang diadakan. bila diajukan soalan kenapa dia melakukan perkara demikin dia dengan s menjawab..."kita mesti berbeza dengan umno".... namun hakiktanya dia dilihat menjalankan proksi umno...memberikan ruang secukupnya kepada umno dan menyekat pimpinan pas sendiri....buktinya dia sering membelakangkan pimpinan PAS kawasan dalam setiap majlis dan jemputan yang dibuat pun sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.  

Diharapkan kepada semua anggota parti dan pimpinan kawasan kembalilah untuk memperkasakan program tarbiyyah. Pemuda adalah benteng terakhir untuk memperkasakan kepimpinan ulama dan setiap diri pemuda itu hendaklah diisi dengan bekalan dan tarbiuyyah yang mantap, tarbiyyah jihad dan tarbyyah harakah islamiyyah yang jitu.

Pemuda juga dingatkan sentiasa berwaspada dengan permainan dan gerakan musuh dari luar atau dari dalam serta jemaah yang bersifat munafik...jemaah yang yang berperanan tetapi sangat inginkan habuan duniawi....jemaah yang sanggup menikam dari belakang kerana kecewa dengan parti kerana gagal memperolehi sesuatu yang dihajati...dan yang lebih penting lagi ialah jemaah yang dahulunya lari meninggalkan organisasi parti dan menyepi namun kini bangkit sebagai seorang panglima...panglima ini namanya panglima munafik haraki yang haram diundi sebagai pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama... 

depa kata : dulu lari...sekarang nak jadi YDP...nanti kami bagi bukti lagi....
aku kata : kalau macam tu haram bagi undi kat dia untuk jadi YDP....

3 comments:


FZT said...
salam tuan rumah. kalau lari dari jemaah bukan saja tak boleh jadi YDP nak jadi imam solat pun tak boleh. mana boleh lari dari perjuangan islam. pertahankan kepimpinan ulamak selagi mereka tak khianat kepada perjuangan islam.
Tulang Besi said...
Sokong perpaduang dgn UMNO = sokong kepimpinan ulama?
ibnu said...
org seperti itu mmg sentiasa berada didalam jemaah sehingga hari kiamat...yg menjadi onar mementingkan hawa nafsu diri sendiri dari kepentingan jemaah sama seperti tulang besi yg tergolong org yg kecewa bila hajatnya x kesampaian....blah la tulang khinzir...
Share on :

3 comments:

  1. Artikal berkenaan hanya bertujuan mendedahkan hakikat kononnya kepimpinan PAS Puchong hari ini berketuakan Ulama dan sampai kiamat takkan berubah.Tanyakan org Pulau Pinang, YDP Puchong sebenarnya juga adalah pemimpin yg lari dari negerinya dan gagal jalankan amanah semasa dilantik sbg pipinan di PP.nak ikuti cerita lanjut, nantikan pendedahannya.

    ReplyDelete
  2. gambar pemuda yang memegang mike tu pernah 'menyesatkan' penasihat menteri besar kelantan. adik dia pula nak "pecat exco itu".

    timbalan mursyidul am pula 'berlawan' dengan mursyidul am. dia 'lawan' keputusan pas berkaitan pengunaan nama Allah. dia juga berfikiran macam umno (bimbang melayu akan hilang kuasa)!

    timbalan presiden, apa hebatnya? pengarah prn sarawak, tetapi tak ada pula coverage pasal ceramah/kempen dia. oh lupa, dia memantau je...

    yang 'smash' dr aziz bari di melewar dulu siapa yek?

    ReplyDelete
  3. Menanti detik perpaduan
    Oleh ZULKIFLEE BAKAR
    pengarang@utusan.com.my

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License