Siasat Kekayaan Luar Biasa Taib Mahmud - Gabungan NGO

Thursday, 14 April 2011

Seorang warga susah Melanaus menunjukkan isyarat
mesra pada taib mahmud
Banyak gabungan NGO yang mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kekayaan luar biasa Taib Mahmud.

Syarikat yang dimiliki oleh Taib dan juga keluarga suku sakatnya terlalu banyak samada di dalam negara maupun di luar negara. Kalau nak kumpul mahu berkarung-karung jadinya.

Kalau Taib dan keluarganya memang hebat dalam perniagaan, elok jadi ahli perniagaan sajalah.

Biasanya kita lihat ramai ahli perniagaan di luar negara seperti Warren Buffet, Bill Gate, dan sebagainya lebih berminat membuat berbagai kebajikan untuk orang ramai setelah mereka kaya, mereka tak rebut kuasa.

Kalau Bill Gate orang Sarawak saya yakin bersepah bantuan akan diberikan pada rakyat yang susah. Para usahawan berjaya seperti mereka tak payah tunggu jadi ketua menteri untuk bantu orang.


Tapi peliknya, Taib mahmud seorang yang terlalu kaya sehingga dilabelkan sebagai luar biasa, dan dalam masa yang sama menjadi Ketua Menteri begitu lama, terlalu banyak rakyatnya yang tidak terbela, apa hal boleh jadi macam tu?.

Cuba selidik keadaan Taib Mahmud ni sebelum jadi ketua menteri, dan kemudian jadi Ketua Menteri apa perbezaan pada timbunan hartanya.

Kalau Bill Gate dan mereka yang seumpama dengannya bermula dengan tak ada apa, berniaga kemudian jadi kaya raya. Selepas kaya raya mula buat kebajikan pada masyarakat.

Mungkin perjalanan Taib Mahmud bermula dengan tak berapa ada apa-apa, janji nak bantu rakyat untuk jadi Ketua Menteri lalu dilantik. Setelah jadi ketua menteri, banyak peluang terbuka untuk jadi kaya-raya dan janji tolong rakyat hanya dibuat secara melepaskan batuk di tangga.

Sekarang dia ugut pula tak ada orang yang bersedia menjadi penggantinya, agaknya banyak lagi timbunan harta yang dia nampak masih tidak terusik, tunggulah dia habiskan semuanya dahulu, barulah ada penggantinya.

Yang menghairankan saban pilihanraya demi pilihan raya, dia tetap juga menang. Adakah rakyat yang bodoh atau Taib yang lebih pandai?

Laporan MI di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License