BN janji nak jadikan Sarawak negeri paling kaya di Malaysia...sejak dulu memang itu janji mereka dan kali ini mereka kasi lagi itu janji.
Tapi tahukah anda Sarawak menurut jabatan statistik sudah kaya, melebihi negeri Selangor, Pulau Pinang dan Johor.?
Menurut jabatan statistik pendapatan perkapita setiap orang sarawak adalah RM30, 818.00 (tahun 2009), mengatasi Johor (RM18,458), Selangor (RM27,609) dan P Pinang ( RM29,569).
Pelikkan melihat data tersebut. habis kenapa banyak orang sarawak terpaksa merempat berhijrah ke Selangor, ke Penang, ke Johor untuk cari makan, cari kerja. kenapa pulak ramai buruh luar serbu cari makan kat sarawak, ini semua nampak macam tak logik.
Memang tak logikpun, memang ada sesuatu yang tak kena. Sebabnya adalah pembahagian kekayaan yang tidak sama rata. Yang kaya dengan miskin jurangnya terlalu jauh. 1 orang ketua menterinya saja mengatasi berjuta-juta rakyatnya.
kalau orang belajar statistik dia akan faham dengan maksud data di atas. maksudnya hanya segolongan yang kaya dan meraih semua kekayaan negeri, rakyat dibiarkan merempat, dibiarkan susah.
Jadi demi kebaikan orang Sarawak sedarlah, ubahlah demi kebaikan rakyat Sarawak. Kenapa saya perduli semua ini, kerana saya tak rela rakan-rakan negara saya diperbodohkan.
Sarawak Negeri Paling kaya Di Malaysia Tapi....! BACA DAN UBAH SARAWAK!!!
Monday, 11 April 2011
Labels:
# Masyarakat
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ia memang betul itu. gaji pekerja orang tempatan sama dengan gaji orang Indon malah ada yang lebih rendah dari itu yang dibawa masuk dengan gaji RM400, RM500 dan tak sampai RM1000 sebulan bolehkah rakyat sarawak hidup senang tentulah merempat miskin dengan harga barang sekarang terutama di bandar Mukah seikat ikan 6 ekor dah harganya RM12-RM15. Cukupkah gaji sebanyak itu untuk makan sebulan? belum lagi tolak bil api, air dan belanja anak ke sekolah. Tak hairanlah satu hari nanti ramai orang Sarawak ini kekurangan zat makanan seperti di Somolia sana. Wahai pemimpin tolonglah tanyadan dengar-dengarkan serta pandang-pandangkan masalah rakyat sendiri sebelum sibuk hulurkan bantuan ke negara luar.
ReplyDelete