BN Lantik Pemalas Dan Kaki Ponteng Ganti Khir Toyo Sebagai ketua Pembangkang

Saturday, 8 January 2011

Satim Diman, Ketua Pembangkang baru.
YB Teresa melabelkan YB Satim Diman, Adun Sri Serdang sebagai seorang yang sering ponteng persidangan dewan dan tidak meninjau kawasan yang di wakilinya di Sri Serdang.

Beliau menjangkakan prestasi Satim Diman bakal lebih buruk daripada Khir Toyo dan sangsi samada Satim Diman mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan. YB Teresa hairan bagaimana BN boleh memilih orang seperti Satim untuk mengetuai barisan pembangkang. Baca di sini laporan SelangorKini.

Apa yang YB Teresa nak cuba sampaikan sebenarnya ialah Ketua Pembangkang baru tersebut senang nak makan, tak mencabar lansung pihak PR nak bersaing.


Seperkara lagi YB Teresa merasa aneh bagaimana BN boleh lantik orang sebegitu sebagai ketua pembangkang. Ia juga memberi isyarat kepada PAS kawasan Sri Serdang bagaimana orang sebegitu pemalas dan tak buat kerja boleh menewaskan calon PAS di situ pada PRU 12 lalu. Ini menunjukkan PAS Kawasan Sri Serdang lebih tak buat kerja dari calon BN. Ada harapan DAP atau PKR akan tuntut kerusi DUN kat situ pada PRU 13 nanti.

Tak apalah YB nampaknya BN dah ketandusan sumber pemimpin yang boleh diharapkan di Selangor. Isyarat YB kepada PAS di kawasan tersebut perlu diambil serius oleh mereka yang berkenaan. Dengar kata calon DUN di situ pada PRU lalu telah dipinggirkan. Mungkin kumpulan yang baru lebih hebat gerak kerjannya. Sama-samalah kita lihat nanti. Agaknya mampukah PAS menang di kawasan Satim Diman pada PRU-13 nanti.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License