Pertemuan pertama pengerusi Felda baru dengan semua kakitangannya menyerlahkan tujuan utama perlantikannya ke situ. Bukan untuk memartabatkan lagi keupayaan Felda (yang memang dia tak reti pun) tapi sebaliknya untuk menjalankan misi kerjayanya sebagai tukang politik geng jahat ala-ala mafia.
Beliau dikatakan mengugut untuk memecat mereka yang menyokong Pakatan Rakyat secara terbuka dan tidak berlapik lansung. Apa salahnya rakyat Malaysia memilih platform pembangkang sebagai salah satu cara untuk menyumbang kesedaran politik terhadap rakyat Malaysia. Mana ada undang-undang negara demokrasi yang menghalang rakyatnya hanya mempunyai pilihan menyokong satu parti.
Tidak perlu diadakan pilihan raya secara demokrasi jika hanya ada satu parti sahaja dalam negara kita. Jika dah ada lebih dari satu parti maka sudah tentu perlu ada pilihan untuk rakyat memilih parti mana yang disukainya.
Perbuatan Isa sebegitu hanya akan menambah kebencian rakyat sahaja kepada BN terutamanya para kakitangan Felda. Ini bukan zaman pemerintahan ala-ala dinasti Ming di negara China dulu, zaman sudah berubah.
Walaubagaimanapun saya yakin tindakan seumpama itu yang umum mengetahui telah lama diamalkan oleh BN tetap akan diteruskan juga di semua jabatan dan juga agensi kerajaan. Mereka yang sering menhadapi dilema adalah pekerja-pekerja tersebut yang tidak mempunyai pilihan.
Pakatan rakyat perlu melihat ini sebagai satu peluang untuk menyerapkan kakitangan yang masih tegar mahu menjaga kesucian perjuangan mereka dengan menyediakan pilihan untuk mereka berkihidmat kepada agensi-agensi perniagaan kepunyaan Pakatan rakyat.
Pakatan Rakyat perlu menubuhkan banyak agensi-agensi seumpama itu yang berkecimpung dalam industri perniagaan yang bertaraf dunia sebagai persediaan mengukuhkan lagi kekuatan PR. Ini jga sekali gus dapat meyakinkan lagi rakyat terhadap keupayaan PR. Jangan kita hanya mengecam BN dan dalam masa yang sama tidak menyediakan alternatif kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Baca sumbernya di sini.
No comments:
Post a Comment