Orang Tua KSN ini kena hamput dengan blogger pro-BN. |
Saya tersenyum lucu apabila membaca salah satu blog pro-BN yang menghamput Ketua Setiausaha Kerajaan kerana senyap seribu bahasa dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang ternyata tidak beradab dan tergesa-gesa.
Puas kumpulan blogger pro-BN ini berhempas pulas menegakkan benang yang basah yang memang tak akan tegakpun, sedangkan orang yang bertanggungjawab penuh dalam hal perlantikan ini iaitu KSN diam seperti orang bisu.
Satu kemenangan besar kepada Kerajaan Negeri Selangor terutamanya MB Selangor. Walaupun pro-BN mengggelarkannya Khalid Gagap, nampaknya PR hanya perlu hantar orang gagap untuk menjadi komander, itu belum lagi hantar orang pandai cakap.
Syabas juga kepada para blogger pro-PR, walaupun tiada satu kerjasama formal dan pakatan kerja secara terancang, dalam isu seperti ini nampaknya ia berhasil meletihkan pesaing.
Hahaha....! baca kat sini. The Unspinners ni berkedudukan tinggi dalam carta Alexa di Malaysia.
No comments:
Post a Comment