Temuramah MySinChew bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Nazri Aziz menyerlahkan lagi kedudukan Nazri sebagai menteri kabinet yang agak berlawan arus dengan menteri lain atau kita panggil "lone ranger". Nazri sendiri mengakui dia seorang lone ranger dalam temuramah tersebut.
Antara perkara yang menarik dalam termuramah tersebut ialah kenyataannya yang mengajak orang ramai terutamannya para jemaah menteri dari Umno untuk menolak "Perkasa", pertubuhan ultra melayu yang diketuai oleh Ibrahim Ali. Perkasa katanya lagi berpendirian bertentangan dengan konsep 1Malaysia dan beliau hairan kenapa tak ada mana-mana menteri kabinet yang menyuarakan pendapat menolak Perkasa.
Agak bertentangan dengan pendapat kumpulan Umno ultra-melayu yang lain, Nazri berpendapat yang orang Melayu sudah mula berdikari dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan lagi. beliau memberikan keluarganya sebagai contoh yang berasal dari hulu Perak yang mana ayahnya bukanlah dari keluarga yang kaya. Beliau hairan kenapa ada pemimpin yang masih mengajak melayu bergantung kepada kerajaan.
Katanya lagi Pas pun sudah berubah, dan kalau Pas boleh berubah kenapa kita yang lain terutamanya UMNO tak mahu berubah dan mahu mengekalkan cara pemikiran yang lama.
Apa saja kenyataan Nazri menunjukkan pemahamannya dalam visi 1Malaysia yang cuba dibawakan oleh PM menurut versinya, mungkin tak semua menteri yang berfikiran macam Nazri walaupun mereka turut sama melaungkan 1Malaysia terutamanya Timbalan Perdana menteri kita.
Saya rasa Nazri patut dipuji oleh DAP yang kelihatan berfikiran sebagaimana yang para pimpinan DAP harapkan. Baca keseluruhan laporan dengan klik kat sini.
No comments:
Post a Comment