Jangan Jadi Kontraktor UMNO, Jadi Kontraktor MELAYU - Lim Guan Eng

Friday, 7 January 2011

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising kerana mereka tak dapat projek di Pulau Pinang, bukan kontraktor Melayu". Begitulah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang. Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94% kerja JKR dibolot oleh kontraktor melayu manakala kerja jabatan pengairan & saliran 100% dapat kat kontraktor melayu.

Hari ini Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Pulau Pinang memohon maaf kepada KM Pulau Pinang ekoran pelbagai serangan sebelum ini. Mereka mahu mulakan hidup baru dan mahu bekerjasama dengan kerajaan PR di P Pinang. Baca di sini.


Baguslah mereka telah sedar dengan melalak di serata akhbar propaganda pencetus perkauman tiada faedahnya. Lebih baik bekerjasama membaiki segala kelemahan yang ada terutamanya para kontraktor melayu yang tak dapat kerja di sebabkan reputasi kerja yang tak bagus.

Kerajaan manapun yang memerintah di Pulau Pinang, Ketua Menterinya orang Cina juga, baik BN atau PR. jadi tak guna orang Melayu nak bertengkar dengan orang Cina kat sana, dan tak ada KM cina yang bodoh yang akan menghamba abdikan orang melayupun, nak cari nahas!.

Orang Melayu hendaklah bekerjasama secara berhemah membantu kerajaan negeri untuk membantu mereka, bukannya bermusuhan. Janganlah diikutkan provokasi dan tohmahan Umno di Pulau Pinang yang sengaja melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina di Pulau Pinang sedangkan kalau BN kembali memerintah di sana mereka akan meletakkan orang Cina juga sebagai KM.

Tetapi kerajaan negeri perlu berhati-hati dengan seorang MP Melayu parti bebas yang sentiasa pakai ketayap putih berjanggut sejemput yag ada di sempadan Pulau Pinang dan Kedah di sana, dia ni agak ganas dan sentiasa meniupkan api kebencian antara orang Melayu dengan orang cina terutamanya orang DAP di sana. Elok jauhi dia kerana nada cakapnya macam dia sentiasa bersedia hendak memarang orang DAP. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License