Penyebab Kejatuhan Pak Lah Mahu Rehat Dari Politik

Sunday, 2 January 2011

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin yang juga ahli parlimen Rembau mengesahkan sepekulasi yang dia tidak akan mempertahankan kerusi Rembau yang dipegangnya pada PRU-13 yang akan datang (atau mungkin dia sudah tahu yang dia tidak akan dipiliih untuk bertanding). Demikian laporan di sini.

Serangan hebat daripada orang Umno sendiri terhadap kepimpinan Pak Lah sebelum diambil alih oleh Najib banyak berpunca daripada ketidakpuasan hati sebahagian orang Umno kepada Khairy yang merupakan menantu Pak Lah. Ini termasuklah serangan bertali arus yang dicetus oleh Tun Mahathir yang secara terang-terangan melontarkan bom kepada kubu Khairy serta juak-juaknya.


Begitulah lumrah alam, pokok yang cepat tumbuh akan cepat pula mati. Cuba lihat pokok hiasan taman di kebanyakan bandaraya baru yang menggunakan pokok yang telah besar seperti pokok palma umpamanya. Pokok itu diubah dari tapak semaiannya dan terus dicucuk pada tempat baru. Akarnya tak sempurna kuat, nampak indah tetapi sekali dipukul ribut terus rebah ke bumi.

Begitu juga dalam politik, sokongan bukan boleh digula-gulakan dengan wang ringgit. Memang orang akan sokong kita pada mulanya tetapi ia hanya sekadar sokongan penuh kepalsuan. Kekuatan politik perlu dibina dengan bermodalkan masa dan kejujuran.

Orang kata Khairy ni budak luar biasa pandainya. Eloklah tu, orang jenis itu amat sesuai untuk memberikan tumpuan pada bidang akademik.

Ada juga saya pernah dengan yang falsafah Khairy dalam politik adalah, mulakan dengan buat duit sebanyak-banyaknya, kemudian baru tumpukan usaha untuk menyumbang pada masyarakat. Kalau tak ada duit macam mana nak tolong orang sedangkan diri sendiripun tidak tertolong.

Ternyata falsafah tersebut tidak boleh dipakai lansung. Ia hanya sekadar untuk menjustifikasikan perbuatan membuat duit dengan apa cara sekali pun. Orang yang memang berhasrat untuk buat kebajikan sebenarnya tidak perlu menunggu atau memberikan apa-apa syarat, terus saja buat dalam apa keadaan sekali pun.

Kita berharap tidak ada watak yang sama seperti Khairy dalam Pas dan juga Parti lain, cukuplah ini sebagai contoh dan pedoman. Ada kedengaran juga orang bercakap muncul watak seumpama Khairy dalam Pas, dan ia juga berstatus menantu. Entah betul atau tidak, sama-sama lah kita melihatnya. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License