Jangan terkejut: Anwar dalang pembunuhan Altantuya

Thursday 21 March 2013

Semalam aku dengar temuramah secara live dari seorang fanatik pada Umno/BN dilakukan oleh radiao 24 Bernama. Isunya berkisar tentang kejadian di Lahad Datu dan kononnya mamat yang mereka jemput itu mahu berikan penerangan sebanar apa yang sedang berlaku di lahad Datu.

Macam yang aku dah agak, mangkok tu akhirnya dengan yakin mengaitkan serangan tersebut dengan Pakatan Rakyat. Dia dengan yakin menuduh Anwar Ibrahim merupakan dalang dalam serangan di Lahad Datu Sabah.

Tapi dia cover pulak dengan berkata ini bukanlah saya punya kata, malah ia merupakan maklumat risikan daripada tentera Filipina. Semua laporan tentang pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dihebohkan oleh media-media luar termasuk Reuters.

Kemudian dia heran pulak kenapa Anwar hanya saman media di Malaysia sahaja dan tidak saman media lain di filipina dan reuters....maknanya dia nak cuba kata bahawa semua media di seluruh dunia menuduh Anwar Ibrahim adalah dalang dalam pencerobohan tersebut.


Aku mendidih dengar penjelasan hanya dari sebelah pihak saja begitu yang melibatkan suatu perkara yang cukup besar. Dan ia diudarakan diradio untuk semua rakyat malaysia mendengarnya. Punyalah bangang dan tidak berakhlak.

Satu lagi maklumat yang membuatkan aku terus gelak terbahak-bahak adalah cubaannya kaitkan pertolongan daripada bala tentera amerika khas buat Anwar Ibrahim untuk membekalkan segala peralatan pada tentera sulu.

Kononnya para tentera sulu telah dijanjaikan dengan sebidang tanah dan elaun sebanyak RM600 sebulan jika misi mereka menawan Sabah berjaya!!! hehehe, apa punya lekeh aka katun punya tuduhan. Boleh dia kata Anwar janji macam tu kat tentera sulu tu!

Kalau orang atas pagar dengar, sudah tentu mendidih marah kat Anwar dan seterusnya maki hamun PR kerana derhaka, berpaling tadah pada negara sendiri, pada tentera sendiri dan sebagainya. Mereka main kotor sampai ke peringkat macam tu dan cuba menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlalu kuat dan sanggup buat apa saja untuk menakhluki Malaysia!.

Korang jangan terkejut selepas ni akan ada cerita bahawa Anwar terlibat dalam kes pembelian kapal selam, menggunakan Razak Baginda yang tak bersalah itu dan seterusnya menghasut Altantuya datang ke malaysia kemudian Anwar Ibrahim juga yang mengupah dua orang polis mangkoq tu untuk letupkan Minah Monggol itu.

Anwar buat semua itu semata-mata mahu memburukkan Najib Razak dan dalam masa yang sama kaitkan semua itu dengan bini Najib pulak dan buruklah keseluruhan keluarga Najib berserta kawan-kawannya sekali. Huaaaa punya power Anwar Ibrahim yang berjaya menyusun segala apa yang telah dan sedang berlaku di malaysia...cuma nak jadi PM saja Anwar tak mampu susun...itulah yang aku pelik...kalaulah hebat sangat Anwar sampai macam tu...

Ada satu lagi sebelum aku terlupa...sebenarnya papagomo yang semua orang PR benci dan mahu laboh sampai lumat itu juga sebenarnya agen Anwar Ibrahim. Sebab itulah dia mendapat terlalu banyak maklumat berkenaan Anwar Ibrahim kerana Anwar lah yang supply direct pada papagomo.

Tujuannya tidak lain  dan tidak bukan untuk menimbulkan simpati rakyat Malaysia pada Anwar yang difitnah dengan begitu teruk dan hina sekali. Jadi kesemua saman menyaman yang sedang rancak berlaku kini adalah lakonan semata...sekali lagi Anwar menggunakan papagomo sebagaio salah satu daripada agen lakonannya.

Ini keran papagomo memang kaki makan duit. Dia sejak dulu kaki pelahap wang rasuah untuk cepat senang. jadi bila Anwar tawarkan 101 juta untuk jadi ajen, papagomo terus setuju. Bila anwar saman papagomo 100 juta, papagomo akan kalah dan terpaksa membayar RM100 juta, jadi jumlah keseluruhan uopah untuk papagomo adalah RM1 juta.

Begitulah hebatnya Anwar...!!! seorang manusia yang tak habis-habis menjadi musuh kepada Umno. Hanya seorang anwar lawan keseluruhan Umno dan mereka panik sampai tak buat pru sehingga sekarang.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License