Anwar berpeluang jadi PM lebih dari sekali

Sunday 17 March 2013

Dalam ramai-ramai pemimpin yang ada kat Malaysia agaknya siapa yang dapat tandingi Anwar? dalam jumlah peluang yang mereka ada untuk jadi Perdana Menteri Malaysia, tak ada orang lain yang pernha dapat peluang lebih daripada sekali.

Hanya Anwar Ibrahim, satu-satunya pemimpin yang ada peluang macam tu. Pertama ketika dia jadi TPM di belakang Tun M. Cuma tinggal satu hun saja lagi, peluang tersebut terlepas begitu saja. Sebab apa tak perlu kita bahaskan di sini.


kali kedua peluang itu menjelma adalah kali ini. Selepas PRU13 ini. Anwar sekali lagi diberikan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut sekarang. Jika PR menang PRU 13 nanti, tak ada orang lain yang akan naik jadi PM selain dari beliau. Jadi ini kali kedua dan tak ada sesiapa dapat lawan beliau.

Anwar kata kalau kali ini dia tewas, dia akan terus bersara dari politik. ya! aku setuju, dah banyak sangat peluang diberikan pada Anwar. Tinggal sekarang, samada rakyat akan berikan jawatan tersebut pada Anwar atau tidak. Samada rakyat akan berikan kemenangan pada PR atau tidak.

Itu bukan idea aku. Aku dapat dari sini. mamat ni seorang yang kuat perjuangkan ABU, asalkan bukan Umno sejak sekian lama. Dia meluahkan rasa marahnya pada Anwar kerana masih tidak berjaya merealisasikan perjuangannya sedangkan tidak ada orang lain yang kita boleh harap sekarang selain dari Anwar, so please be serious bro!

Tapi mamat yang sama kat atas tu tak faham kenapa PKR seolah-olah dilihat mempergunakan ayah Saiful dan dalam masa yang sama menafikan bahawa PKR berada dibelakang Azlan dalam pengakuan penyokong Anwar Ibrahim tersebut dan mendakwa bahawa tuduhan sodomi pada Anwar adalah satu komplot jahat.

Dalam bab ini aku tak setuju dengan mamat ni. Apa salahnya PKR gunakan kelebihan pada mereka yang penting untuk melonjakkan kebenaran mereka. kalau aku duk tak duk pi buat press statement menolak kepimpinan Anwar, tak akan ada orang dari PKR yang ambil peduli. Tak ada apa-apa untungnya mereka buat begitu...siapalah aku?.

Tapi jika contohnya Tun M tetiba mahu buat press statement mengaku semua yang berlaku pada Anwar adalah komplot jahat dan dia mahu mionta maaf pada Anwar Ibrahim, sudah tentu akan ada bersepah pimpinan PR akan berdiri dibelakangnya.

Dan kalau betul Tun M akan buat begitu dan tiada sesiapa dar PR yang supportnya dalam press statement tersebut, aku cuma boleh kata semua pimpionan PR dah sewel meracau meraban kerna tidak tahu rebut peluang yang menyebelahi mereka.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License