Peragut Jalanan - Mangsa hampir putus tangan dirompak

Wednesday 29 August 2012

Tengok gambar yang dipaparkan. Seorang wanita terdampar mengerang kesakitan. Tangannya hampir terputus apabila dilibas peragut jalanan yang bersenjatakan parang. nilai tangan perempuan tersebut bagi perompak hanyalah sekadar apa yang ada di dalam beg tangan wanita tersebut, tidak lebih dari itu.

Dalam kes ini, orang baik-baik tentu bertanya apakah tangan perompak lebih lebih baik dari tangan mangsanya. Orang yang baik-baik juga tentu akan jawab tanpa perlu berfikir sudah tentu jika diberikan pilihan tangan perompak lebih layak dipotong berbanding tangan wanita yang terbaring itu.

Orang yang baik atau lebih tepat berlagak baik dan idealistik akan berkata, kita perlu kekalkan kedua-dua tangan, samada tangan perompak atau tangan wanita terbaring itu.


Orang yang berpijak di bumi nyata pulak tentu menjawab dengan marah, "hang ni gila ka apa?, bukankah tangan wanita itu sudah terkulai dipotong?" macam mana nak kekalkan?.

Orang idealistik akan jawab apa risau, bawa saja wanita itu pergi hospital dan sambung semula tangannya, selesai masalah dan dia dapat semula tangannya.

Orang realistik pulak jawab Ooooo! sebab itu kamu kata kalau potong tangan pencuri yang dibuktikan bersalah, dia akan buat perkara yang sama dengan pergi hospital untuk menyambungkannya semula?....awat hang bodo sangat?, orang bersalah tu kena tahan siapa pulak nak lepaskannya untuk pergi sambung tangan?

Orang Agama buat rumusan, kalau dah berlagak pandai tu, apa saja hukuman Tuhan kamu nak tolak dan mahu ditafsirkan dengan otak yang kamu dakwa pandai itu.

Apapun itu hanya soal jawab dalam kepala otak aku tentang hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam kes samun atau merompak, hukuman sebenarnya adalah "bunuh sampai mati!".
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License