Hangpa nak tau Merdeka tu apa?

Friday 31 August 2012

Merdeka tu melibatkan:

  1. Aku
  2. Selain aku
  3. Tuhan aku
Aku tu apa? aku termasuk dalam kumpulan selain daripada aku. Kumpulan selain daripada ku tu termasuklah:
  1. Dunia dan segala isinya
  2. Langit dan segala isinya
  3. Apa yang ada antara langit serta segala isinya
  4. Malaysia atau negaraku
  5. Kerajaan Malaysia atau BN
  6. BN atau Najib, Umno dan macai-macai mereka
  7. Ekonomi maju yang dibanggakan Tun Mahathir berserta kemegahan 'ter' hasil cita-cita besar Tun M, tertinggi, terbesar, terpanjang, terlama, teriak, terlupa dll.
  8. PR berserta segala isinya termasuklah aku sebagai salah seorang penyokong
  9. Kerja aku dan segala yang berkaitan termasuklah boss, subordinate, majikan dll
  10. Duit
  11. Pangkat
  12. Wanita berserta segala benda kepunyaannya yang diintai oleh kaum lelaki.
  13. Pujian
  14. Tokong yang disembah Sammy Vellu, Chua Soi Lek, dan mereka yang seumpamanya
  15. Club Med dan semua pusat peranginan yang ada
  16. Bungalow mewah serta segala kondo termasuk yang pernah menyimpan lembu
  17. Dan bertrillion-trillion lagi sebta saja apa yang terlintas...
Dan aku jadi merdeka bila melafazkan dengan lidah, membenarkan dalam hati lalu menterjamahkan melalui segala perbuatan dan amalan bahawa:

Tidak ada Tuhan yang aku perhambakan diri sebenar-benarnya melainkan ALLAH

selain daripada itu, aku tak iktiraf ianya merdeka walaupun segala janji ditepati, ia sesekali tidak dapat memperdaya aku untuk memperhambakan diri pada yang berjanji. Merdeka itulah yang mengajak aku halau penjajah dan merdeka itulah yang membisikkan aku halau pemerintah yang tak kasi rakyatnya merdeka sebab suruh ikut mereka yang tak merdeka....The End (BN)
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License