Kapitalisme dalam bentuk gambar

Sunday 26 August 2012

Masa Dr Zul dari Pas bentangkan budget pakatan rakyat di sebuah hotel di Shah Alam dulu, ada seorang pendengar yang bangun bertanya apakah bentuk atau model pengurusan ekonomi Pakatan Rakyat. Adakah dianya model Sosialisme atau Kapitalisma dan apakah model ekonomi Islam yang Pas mahu tonjolkan.

Dr Zul jawab tak perlulah kita lihat apakah nama model dan membandingkannya dengan sistem-sistem atau model yang ada. ianya hadalah sekadar nama. Model ekonomi Islam menghidangkan konsep yang berasaskan keadilan untuk semua pihak.


Keadilan mengambil sebahagian hak daripada yang kuat untuk diberikan hak pada yang lemah, mengambil sebahagian hak daripada yang kaya untuk diberikan hak pada yang miskin. Semua orang mempunyai hak masing-masing dan semua kita ada menyimpan hak untuk diberikan semula pada yang berhak.

Aku buat kesimpulan sistem ekonomi Islam kita namakan sebagai 'Sistem ekonomi adil'. Itulah modelnya dan  petunjukkan mana satu yang dikatakan adil dan mana satu yang zalim ada dalam Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias.

Cuba lihat bagaimana sisitem kapitalisma digambarkan dalam koleksi gambar yang dilampirkan di sini:







Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License