Utusan Lebih Terbuka Daripada Harakah - Datuk Zaini Hassan

Friday 6 January 2012

Dalam temuramah kerusi panas antara radio24 Bernama dengan Datuk Zaini Hassan dari Utusan Malaysia, Datuk Zaini menempelak komen NUJ yang menggesa agar media lebih terbuka dalam melaporkan isu nasional dan memberikan ruang kepada pihak pembangkang dalam laporan mereka.

Dia tidak bersetuju bahawa Utusan tidak mengamalkan konsep keterbukaan tersebut sedangkan mereka sentiasa memberikan ruang kepada laporan pihak pembangkang. Mereka sentiasa mengeluarkan berita tentang Haji Hadi, Nik Aziz, DAP, PKR PAS dan lain-lain tetapi mereka biasanya memberikan runagn antara 30% atau 40% sahaja. Selebihnya mereka akan fokus kepada laporan pro kerajaan.


Sebenarnya media lain adalah lebih teruk berbanding Utusan. Contohnya adalah Harakah yang lansung tidak memberikan ruang laporan terhadap pihak kerajaan. NUJ sepatutnya mengkritik akhbar seperti Harakah tersebut yang jauh lebih tertutup daripada Utusan.

Amat menghairankan apabila Utusan berkata mereka memberikan ruang kepada para pembangkang apabila ruang yang diberikan adalah 100% bertujuan menjatuhkan kredebiliti pembangkang dengan segala laporan yang menimbulkan kontroversi serta cuba menimbulkan persepsi yang negatif rakyat terhadap pembangkang.

Kalau itu mahu dinamakan terbuka maka samalah saja apa yang dilakukan oleh akhbar seperti Harakah umpamanya yang masih tetap melaporkan berita mengenai kerajaan tetapi bermatlamatkan memburukkan serta merendahkan kredibiliti kerajaan BN.

Rasanya jika satu hari kita terbaca Harakah memuji dan melaporkan segala kelebihan dan kehebatan BN, tentu ia merupakan satu mimpi di siang hari ataupun Harakah telah menjadi biol. Begitulah juga kalau Utusan tetiba melaporkan betapa hebatnya pemimpin pembangkang dan bagaimana ketelusan mereka menguruskan wang rakyat, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena pada akhbar tersebut. 

Baca laporan bernama di sini
Share on :

2 comments:

  1. tanya pencacai angkat najis...dah pasti dia kata tak busuk. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  2. kesian... ngaji tinggi2 tapi bengap... HARAKAH tu akhbar parti... jual pun pada ahli sahaja... yg utuseks tu ngaku akhbar nasional tapi dok boh citer umno sahaja apa hal. Cuba bagi izain HARAKAH tu jadi akhbar harian ... tengok macammana nanti.. alalmat utuseks tutup kedai... sbb takdak orang beli.. jadi sulat kaba lama... titt ...ttittt.. titittt.. sulat kaba lama, bateri lama

    ceghodik buah pelior namanya

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License