Kecederaan Pelajar Demo UPSI Dibuat Sendiri - Ketua Polis Perak

Monday 2 January 2012

Ini kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan:

" ...the injuries suffered by demonstrators were self-inflicted "

saya petik kenyataan tersebut dari Malaysian Insider yang membuat laporan pertembungan antara polis dan pelajar yang membuat perhimpunan aman bagi membaca puisi pada malam tahun baru.

Jumlah perhimpunan seramai 60 orang tidak mungkin akan mengakibatkan mereka kelam kabut dan akhirnya berbunuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan sampai beberapa pelajar mengalami kecederaan dan ada yang koma. Nasib baik hanya 'koma' sahaja dan bukannya 'titik'. Biasanya dalam penulisan selepas koma ada sambungan ayat tetapi tidak selepas titik, ia menandakan penghabisan ayat.

Dalam tulisan saya sebelum ini yang menceritakan pengalaman semasa remaja 'dididik' oleh anggota polis yang bijaksana ada komen lain yang menceritakan pengalaman yang sama yang lebih brutal. Dia ditempeleng oleh seorang inspektor atas kesalahan menunggang basikal tanpa lampu...memang prihatin sungguh inspektor tersebut atau barangkali mulutnya berbaui masam ketika menempeleng budak malang itu.

Ada satu komen yang menarik yang tidak dapat dinafikan bagaimana setiap anggota polis dari kasta prebet mendapatkan jawatan mereka. Biasanya mereka adalah para lulusan SPM yang tercicir dan mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.

 Jika kita berpandukan keputusan peperiksaan tersebut terbukti mereka bukanlah warga yang paling layak diberikan kuasa memelihara keamanan rakyat. Tahap keinginan mereka untuk berjaya amat lemah membuatkan mereka tidak berusaha mendapatkan keputusan yang baik ketika menjadi pelajar. Jesteru itu jika mereka tidak dapat membezakan antara aman dengan ganas bukanlah salah anggota polis, ianya salah para pegawai atasan yang menentukan siapa yang layak menjadi anggota polis, termasuklah pihak kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License