Jawatan PM _ Kenapa Bukan Lim Guan Eng?

Wednesday 4 January 2012


Semua orang tahu Perdana Menteri Malaysia sekarang adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenapa dia menjadi PM adalah disebabkan peralihan kuasa presiden Umno daripada Pak Lah kepadanya setelah Pak Lah terdesak untuk mengundurkan dirinya akibat ditekan dari berbagai sudut. Sudah menjadi lumrah orang yang memegang jawatan Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri kalau Barisan Nasional memerintah.

Baru-baru ini RPK mengeluarkan kenyataan politiknya (walaupun dia bukan orang politik) bahawa buat sementara waktu ini Najib menjadi orang yang paling layak menerajui negara. Beliau menolak idea Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara atas alasan bahawa Anwar tidak berupaya menjadi pemimpin yang mampu memerintah negara dengan baik dengan berbagai masalah peribadi yang tak pernah habis-habis begitu juga dengan masalah parti-parti yang cuba disatukan oleh Anwar.

Persoalannya kenapa hanya dua orang itu saja yang disebut-sebut sebagai orang yang bakal menerajui negara sebagai Perdana Menteri. Tidak adakah orang lain di negara yang penduduknya melebihi 27 juta orang ini mampu menjadi perdana menteri yang baik yang mampu memenuhi kehendak kebanyakan rakyat Malaysia.

Najib dilihat sebagai calon utama kerana secara kebetulan dia menjadi PM sekarang. Banyak alasan yang diberikan oleh pemerhati politik bahawa Anwar tidak layak disebabkan mereka mempersoalkan apakah sumbangan Anwar pada negara selama ini untuk melayakkannya menjawat jawatan Perdana Menteri.

Jika soalan yang sama diajukan apakah yang telah disumbang oleh Najib yang melayakkannya menjawat jawatan Perdana Menteri, Najib juga tidak mempunyai apa-apa sumbangan besar yang mampu menonjolkannya sebagai pemimpin terbaik kepada rakyat Malaysia. Najib juga dilanda tuduhan (samada benar atau tidak kita tollak sebelah) dengan berbagai skandal tak kurang hebatnya berbanding Anwar, kelebihannya cuma dia PM).

Kalau nak dilihat sumbangan, sudah tentu Tun Mahathir yang masih kuat lagi dalam mempengaruhi landskap politik Malaysia merupakan orang yang paling layak memegang jawatan tersebut. Takkan nak bawa naik semula orang tua tu dan berkemungkinan besar dia sendiripun tak maudah

Pak Lah juga tidak ada apa-apa sumbangan yang boleh dibanggakan untuk meletakkannya sebagai PM yang baik malah ketika Tun Mahathir melepaskan jawatan PM padanyapun, tidak ada apa yang hebat yang dibawa oleh Pak Lah yang boleh dijustifikasikan sebagai calon paling layak menjadi PM.

Sejak Tun Mahathir melepaskan jawatan, tiada apapun perubahan besar yang berlaku dalam pemerintahan negara kita. Malah negara jiran kita nampaknya sedang memacu negara mereka dengan lebih baik jika dilihat dari segi wawasan yang mahu dicaturkan terhadap negara mereka.

Negara Indonesia umpamanya lebih baik sistem demokrasinya berbanding negara kita dan Presidennya bertungkus lumus berusaha memajukan Indonesia ke tahap yang lebih baik. Kebebasan media di sana juga adalah ditahap benar-benar bebas berbanding negara kita yang berada di tahap separa bebas.

Dari segi kerangkanya apa yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir masih lagi menjadi ikutan oleh semua pemimpin Umno. Tiada apapun yang baru. Mungkin secara retoriknya Najib melaung-laungkan tranfornasi demi transformasi, tapi semuanya hanyalah laungan kosong.

Transformasi ekonomi yang memelihara kroni tidak ada perubahan sedangkan banyak yang boleh dilakukan jika Najib benar-benar serius. Mansuhkan segala sistem AP yang menjurus kepada sistem monopoli sahaja bakal merubah landskap ekonomi negara kita dengan begitu besar sekali. tetapi ini tidak dilakukan atas berbagai alasan.

Bagi aku masih ramai diluar sana yang boleh kita pertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri selain daripada Najib dan juga Anwar. Apa yang kita perlukan adalah seorang PM yang berani menanggung risiko membuat perubahan drastik dengan menukar segala polisi yang ada demi mempersediakan negara kita ke arah yang lebih baik berbanding apa yang telah dilakukan PM yang ada sebelum ini.

Mari kita senaraikan antara mereka yang mampu diketengahkan sebagai PM tanpa mengira siapa yang lebih layak, yang pentingnya dia boleh dipertimbangkan:
  1. Najib
  2. Anwar Ibrahim
  3. Tengku Razali
  4. Lim Guan Eng
  5. Haji Hadi Awang
  6. Nik Aziz
  7. Mahathir
  8. Muhyiddin Yassin
  9. Pak Lah
  10. Lim Kit Siang
  11. Zaid Ibrahim
  12. Mat Sabu
  13. Husam Musa
  14. Karpal Singh
  15. Hishammuddin Hussein
Dalam senarai di atas jika kita senarai pendekkan berdasarkan orang yang mahu menjadi PM mesti juga dalam masa yang sama berkuasa dalam parti yang pegangnya hanya tinggal orang-orang Di bawah yang lebih layak:
  1. Najib
  2. Anwar Ibrahim
  3. Lim Guan Eng
  4. Haji Hadi
  5. Nik Aziz
  6. Muhyiddin
  7. Mat Sabu
Najib kita tolak sebelah sebab kita tidak mahu lagi sesiapa saja dari kalangan Umno menjadi pemimpin besar negara, biarkan mereka hanya menjadi pembangkang. Secara lansung Muhyiddin juga tertolak sebelah.

Anwar Ibrahim pula kita tolak sebab dia masih ada darah Umno dalam badannya. lagipun dia sentiasa main ikut belakang dengan meletakkan bininya sebagai presiden dan dia sendiri bukan ahli PKR malah dia masih mengingau mahu membuktikan bahawa pemecatannya daripada Umno tak sah. Elok kita tolak saja Anwar Ibrahim dan biarkan dia terus main ikut belakang. Lantiklah dia sebagai apa saja panasihat atau lain-lain senang cerita.

Haji Hadi pula aku tengok dari dulu tak pernah ada impian nak jadi PM untuk bawa negara menjadi sesuatu yang dia impikan, dia sekadar nak lepaskan tugas fardukifayahnya dan orang Pas masih lagi meletakkan dia sebagai presiden sebuah Parti yang bercita-cita nak ganti Umno. Aku sikitpun tak nampak jalan macam mana Pas nak ganti Umno kalau bayang-bayang Anwar Ibrahimpun tak boleh padam. Biar orang Pas hanya jadi tentera cukulah kot.

Nik Aziz pulak nampak lebih tegas daripada Haji Hadi dan nampaknya Haji Hadipun tak berani dengan Nik Aziz. Tapi keadaan kesihatannya yang tidak berapa mengizinkan membuatkan dia lebih sesuai menjadi Mursyidul Am Pas saja atau badan ulama besar yang manasihati PM dalam hal ehwal agama dan kehidupan. Kita boleh adakan jawatan itu jika PR menang.

Mat Sabu tak payah cakaplah, dia sesuai jadi menteri pertahanan atau menteri dalam negeri saja dengan pengalamannya berurusan dengan puak itu sejak muda tentu dia lebih arif macam mana nak kawal keselamatan negara terutamannya jika pihak pembangkang (BN) nak berdemo.

Jadi yang paling layak tinggal hanya Lim Guan Eng. Dia muda, punya visi dan komited membawa pembaharuan terhadap negara Malaysia dan sentiasa mendokong perlembagaan negara. Kalau dia naik orang Cina akan lari keluar negara kerana orang Cina tuduh dia anti Cina dan lebih mengutamakan Melayu daripada bangsanya sendiri.

Eloklah tu sebab Lim Guan Eng akan buat apa saja untuk menjaga kepentingan sokongan Melayu terhadapnya dan akan amat berhati-hati dengan hal ehwal agama Islam dan baragkali sebab terharu menjadi PM dia terus masuk Islam kebetulan pulak bapaknya Lim Kit Siang meninggal sebab terkejut dan teruja menang 2/3 majoriti kerusi Parlimen PRU13. Tak ada siapa lagi yang akan halang Lim Guan Eng masuk islam dan Nik Aziz menjadi penasihat dalam majlis tertinggi agama negara yang dipengurusikan oleh Agong dan dipresidenkan oleh Nik Aziz

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License